Tak sampai sebulan kembali berbaik, Lesti Kejora dikatakan h4mil anak kedua

HUBUNGAN pasangan selebriti Rizky Billar dan Lesti Kejora kini semakin baik apabila kedua-duanya kembali memperlihatkan kemesraan di tempat awam.
Baru-baru ini foto penyanyi dangdut itu menemani suaminya yang sedang bermain futsal di kawasan TB Simatupang, Jakarta Selatan menjadi bualan netizen.
Malah, ada khabar terbaharu yang mendakwa Lesti kini h4mil anak kedua mereka. Keh4milan tersebut uga dikatakan menjadi antara penyebab penyanyi itu menarik balik lap0ran p0lis terhadap suaminya.
Pengurusnya, Aril Lobster atau Boril sendiri belum dapat mengesahkan sama ada berita tersebut benar atau sekakadar khabat angin.
“Saya tidak tahu tentang itu, doakan sahaja kalau ramai anak itu rezeki.
“Sekarang semua juga nampak mereka sedang sibuk memperbaiki diri dan rumah tangga. Nampak lebih intim dan meluangkan masa untuk keluarga,” ujarnya.
Katanya lagi, pasangan ini masih mahu berehat dan belum aktif menerima tawaran muncul di televisyen.
Selain itu, pasangan ini juga dikhabarkan sudah berpindah dari rumah lama mereka ke kediaman baharu yang tidak diketahui.
Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul suaminya pada 28 September 2022, kira-kira pukul 1.51 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan.
Penyanyi lagu Sekali Seumur Hidup itu mend4kwa suaminya berlaku cur4ng sehingga berlaku perg4duhan antara mereka.
Rizky did4kwa bertindak agr3sif dengan memv.kul dan menc3kik isterinya sehingga terj4tuh ke lantai.
Bagaimanapun, penyanyi itu meng3jutkan ramai pihak apabila menarik balik lap0ran p0lis yang dibuat dan memaafkan suaminya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. – KOSMO! ONLINE
Sumber :KOSMO