[VIDEO]Kakak Dedahkan Perangai Sebenar Iman Troye, Bikin Ramai Terkejut

PETALING JAYA – Meskipun sering menerima kec4man, kakak kepada penyanyi Iman Troye mended4hkan karakter sebenar adiknya yang sangat penyayang melayani keluarga.
Keperibadian penyanyi itu dapat dilihat menerusi sebuah video TikTok menunjukkan Iman, 20, sedang membetulkan posisi anak saudaranya yang tidur di dalam kereta untuk keselesaan.
Menurut kakaknya, Ain Fatiha, pelantun lagu Teman itu merupakan individu yang berjiwa besar dan sangat kuat.
“Kenapa rezeki awak murah sebab awak letakkan keluarga dahulu.
“Bila kena kec4m t3ruk dulu, awak selalu berpesan jangan ris4u,” kata Ain.
Bagi Ain, dia akan terus menyokong minat dan impian adiknya itu walaupun sering menjadi buah mulut netizen.
Sempat berkongsi kisah, Ain juga meluahkan rasa tidak ser0nok menjadi sebahagian keluarga selebriti.
Katanya, orang bebas untuk bercakap dan mengec4m tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Bagaimanapun tegasnya, semua kecaman tersebut hampir kesemuanya tidak benar.
Sementara itu, menerusi perkongsian Instagram Iman, dia kini dilihat sedang berjinak-jinak dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Teman itu juga turut meminta cadangan daripada pengikutnya mengenai tempat seterusnya untuk menjalankan kegiatan tersebut.
Rata-rata pengikut memuji sikapnya yang murni itu dan mendoakan kesejahteraan Iman.
Terdahulu, penyanyi berusia 19 tahun itu pernah terlibat dalam kontr0versi mer0sakkan harta benda awam semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah. – KOSMO! ONLINE
Sumber :kosmo