Kes s4man A. Aida, Idris Khan selesai luar mahkamah

PETALING JAYA – Kes s4man melibatkan penerbit sens4si, Datuk A. Aida bersama seorang pelakon, Idris Khan berakhir dengan ‘aman’ apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahk4mah.

Keputusan itu dibuat selepas A. Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, dalam prosiding pagi tadi, peguam mewakili Idris selaku defendan kedua iaitu Jason Wee memohon supaya k3s berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahk4mah.

Permohonan yang dibuat dihadapan Hakim Zulqarnain Hassan turut dipersetujui oleh pihak A. Aida.

Susulan k3s berkenaan mendapat kata sepakat kedua-dua pihak, Zulqarnain kemudian membenarkan ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik tanpa sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.

Namun, pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan Idris membayar RM3,780 kepada plaintif sebelum penghujung November 2022 selain pelakon itu tidak boleh memfailkan s4man m4lu terhadap A. Aida.

Terdahulu, dalam prosiding di mahkamah sama juga, defendan pertama, iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana did4kwa mel4nggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi peng4jaran kepada dua pelakon terbabit.-KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!