Dikatakan Duda Terhangat Di Pasaran, Ramai Setuju Shuib Kini Nampak Lain

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mengakui ada menerima banyak mesej peribadi daripada wanita-wanita yang ingin menjadi teman hidupnya.

Menjadi tetamu undangan di program MeleTOP, Shuib berkata juga makcik-makcik yang meluahkan hasrat untuk menjadikannya sebagai menantu.

Bagaimanapun, Shuib enggan berkongsikan status terkininya kerana masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada umum.

Dalam pada itu, tular video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ketika temu bual tersebut yang memuji Shuib seorang yang kacak.


Perkongsian pengguna itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang tidak dapat menyangkal ketampanan dimiliki Shuib dengan imej terkininya.

Malah, netizen mengatakan Shuib bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak tetapu turut mempunyai aura tersendiri sehinggakan ramai yang menyukai keperibadiannya.

Sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!