“menggunakan tul4ng rusuk sendiri”- Hidung ‘Korea’ Lana Nodin berharga RM166,000

PETALING JAYA – Pelakon Lana Nodin berhabis hampir RM166,000 bagi melakukan pembed4han k0smetik mencantikkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Katanya, harga tersebut agak tinggi memandangkan dia memilih prosedur tanpa rasa s4kit, selain menggunakan tul4ng rusuk sendiri menggantikan silik0n dan plastik bagi membentuk tulang hidungnya.

“Kenapa tul4ng rusuk? Sebab tak nak berulang kali buat dan kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami tak perlu buka dan buang plastik itu sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal.

“Ini kali keempat saya buat pembed4han. Ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik akan ada j4ngkitan.

“Kos keseluruhan sekitar RM166,000 untuk pembed4han kali ke empat ini juga agak mahal sebab saya buat langsung tak s4kit dan tiada d4rah terkeluar dari hidung.

“Esok (hari ini) saya akan buka benang. Sebab apa buat hidung? Saya pernah terlibat dalam kemalangan masa umur 19 tahun,” katanya menerusi siaran lansung dalam nstagram, malam tadi.

Pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu melayani pertanyaan pengikut laman sosialnya termasuk mengenai keadaan dirinya selepas  pembed4han.

Semalam, keterbukaan pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, 42, bercerita mengenai pembed4han hidungnya dalam laman sosial memancing perhatian ramai.

Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua anak itu bertegas, motif pembed4han kecantikan itu dilakukan bukan mahu mengubah bentuk asal wajahnya. Lana malah mengakui terlebih dahulu meminta keizinan daripada suaminya, David McKienzie serta ahli keluarga yang lain sebelum meneruskan raw4tan.


“Kalau ubah untuk mer4wat, tak kisah. Sebab itu, arw4h ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Tiba-tiba saya nak ubah, memang mak saya akan meng4muk.

“Kalau saya seorang yang suka buat pembed4han kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu mahu kec4m, saya tahu saya bukan artis kegemaran awak semua,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!