A. Aida Utamakan Rupa Dari Bakat? Ini Komen Padu Azhan Rani & Amerul Affendi! “Masih Begini Lagi Mentaliti Yang…”

Baru-baru ini penerbit terkenal, Datuk A. Aida telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahu mencari bakat baharu yang kacak dan cantik untuk membintangi sesuatu filem ataupun drama.

“Masih Begini Lagi Mentaliti Yang Disokong FINAS?”

Kenyataan yang diberikan oleh A.Aida mendapat reaksi pelakon popular, Azhan Rani menerusi ciapan di Twitter yang turut mempersoalkan tindakan mentaliti pihak terlibat yang masih mementingkan rupa berbanding bakat.

“Dah nak hujung 2022, masih begini lagi mentaliti yang disokong FINAS? #roadtooscarkatanya.”-Ciapan Azhan

Mahu IPTA & IPTS Tamatkan Kursus Lakonan?

Dalam pada itu, pelakon berbakat, Amerul Affendi turut memberikan pandangan seolah-olah mencadangkan agar kesemua institut pengajian awam dan swasta untuk menamatkan kesemua kursus lakonan disebabkan kenyataan ahli lembaga pengarah FINAS yang juga penerbit terkenal.

“Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada. Tak baik sc4m bakal-bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.”-Tulis Amerul

Dipetik dari laporan mStar, penerbit terkenal A.Aida mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik. Malah baginya bakat seseorang itu boleh diasah olehnya.

Sumber/Kredit : murai.my

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!