“Saya gembira ada ‘tangan’, terima kasih…”, Saya terharu, Muhammad Zulkifli Nordin.

Gua Musang: “Saya terharu apabila netizen di kumpulan Facebook itu sangat baik dan sunting gambar saya dengan mempunyai dua tangan,” kata atlet paralimpik Kelantan, Muhammad Zulkifli Nordin.

Muhammad Zulkifli, 26, dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) tanpa kedua-dua tangan dan permintaannya dalam kumpulan Facebook untuk menyunting gambarnya mempunyai kedua-dua tangan mendapat perhatian di media sosial.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Zulkifli berkata, dia memang sudah biasa dengan keadaan dirinya yang tidak mempunyai kedua-dua tangan sejak l4hir dan melakukan kerja menggunakan kaki.

Menurutnya, hantaran yang dimuat naik di media sosial itu hanya suka-suka saja kerana selalu melihat netizen menyunting gambar orang lain mengikut permintaan mereka.

“Saya tak sangka mereka bersungguh-sungguh sunting gambar itu, membuatkan saya terharu. Saya sangat berterima kasih kepada mereka dan semua gambar itu saya simpan untuk kenangan.

“Tetapi bukan bermakna saya tidak reda atau s3dih dengan kekur4ngan diri ini. Saya menerima keadaan diri dengan penuh rasa syukur dan tidak berasa rendah diri,” katanya yang berkerja sebagai perunding hartanah itu ketika dihubungi.

Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seri Iskandar, Perak itu berkata, dia mengakui ketika zaman kanak-kanak dia pernah berasa s3dih dengan keadaannya yang tidak sama seperti rakan sepermainan.

“Biasalah ketika itu kita belum matang jadi ada juga rasa s3dih, malah ketika itu saya seorang yang agak pemalu. Apabila sekolah menengah rasa sudah itu sudah hilang.

“Ketika bersekolah rendah dan menengah saya mewakili sekolah dalam sukan sepak takraw,” katanya yang menetap bersama keluarga di Felda Aring, di sini.

Bercerita lanjut, Muhammad Zulkifli berkata, dia tidak menganggap kekurangan diri sebagai penghalangnya menjalani kehidupan seperti insan normal lain dan hidup berdikari.

“Saya melakukan rutin harian dengan kaki seperti makan guna sudu, menulis dan menaip dan ia tak sukar kerana sudah biasa tetapi ada juga dibantu rakan dan keluarga. Saya ketika ini juga sedang belajar memandu (untuk mengambil lesen).

“Ketika ini saya sedang menjalani latihan acara olahraga 100 meter (m), 200m dan lompat jauh untuk persediaan Sukan Malaysia (Sukma) bulan hadapan,” katanya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dan masih bujang.

Katanya, dia juga pernah teringin mahu memakai tangan p4lsu atau ‘tangan bi0nik’ tetapi hasrat itu terp4ksa dilupakan kerana ia memerlukan satu pembed4han khas.

“Saya pernah jumpa p4kar dan diberitahu perlu buat pembed4han untuk memakai tangan itu kerana saya tiada lengan cuma ada bahu saja.

“Jadi saya buat keputusan untuk kekal macam ini saja lagipun saya juga sudah selesa melakukan semua kerja dengan kaki,” katanya.

Komen netizen:

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!