Kakak Abang Viva kecil hati, Netizen terkejvt dengan apa yang did4kwa

PETALING JAYA – Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Viva’ did4kwa tidak mengundang kedua ibu bapa dan keluarganya ke majlis perkahwinannya, hari ini.

Menerusi perkongsian oleh Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya yang dipercayai kakak kepada Abang Viva mend4kwa adiknya itu telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

“Kepada sesiapa yang bertanya, ya betul insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami, tanpa pengetahuan emak dan ayahnya yang masih ada di dunia ini.

“Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami tidak setaraf dengan mereka.

“Emak dan ayah serta anak-anak buah saya tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya beb4n yang akan menyus4hkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka,” tulis Fauziyah.

Dalam pada itu, Fauziyah menyeru kepada semua netizen agar berhenti bercakap atau bertanya apa-apa mengenai dia (Azwan Omar) kepada ibu dan ayahnya.

“Cukuplah dengan apa yang emak dan ayah saya tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah air mata yang telah jatuh di pipi emak dan ayah saya yang sudah tua.

“Jangan tambah derita yang ada.Berilah peluang kepada emak dan ayah saya untuk bahagia di usia senja mereka,” tulis Fauziyah di Facebook miliknya.

Susulan itu, hantaran tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata netizen terk3jut dan meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.

Terdahulu, Abang Viva mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana semangat dan usahanya untuk membantu m4ngsa b4njir di Selangor meskipun hanya berbekalkan RM50. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!