“Dagu Terbel4h Jadi Tarikan” WAFARIENA Warisi Kecantikan Ibu

Lesung pipit dan dagu terbel4h atau lekuk antara daya penarik yang menjadikan seseorang itu lebih manis serta unik. Lebih-lebih lagi wanita, makin nampak manis dan berseri.

Pun begitu, masing-masing punya keistimewan tersendiri kerana setiap ciptaanNya cantik-cantik belaka.

Pelakon baru yang namanya mula dikenali ramai dengan watak Nurul dalam drama popular berjudul 7 Hari Mencintaiku, Wafariena Roslan, mempunyai keleistimewaannya yang tersendiri.

Pernah mencuba nasib dalam ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2019, Wafariena yang gemar memasak ini sebenarnya seorang gadis l4sak di mana dia sangat 0bses dengan kereta.

Wafariena dan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama drama 7 Hari Mencintaiku.

Selain berbakat besar, gadis berasal dari Pulau Pinang berusia 27 tahun ini bukan hanya memiiki kecantikan semula jadi malah berbakat besar dalam bidang nyanyian dan modeling.

Wafariena pernah mempertaruhkan single pertamanya berjudul Carilah Aku berkonsepkan balada pada tahun 2019. Siapa sangka,  seawal usianya 8 tahun sudah sudah berjinak-jinak dalam bidang seni suara.

Dia memiliki kelebihan menyanyi dalam pelbagai bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Filipina, Hindustan dan Thailand. Malah, dia juga fasih berbahasa Mandarin. Hebatnya Wafariena!

Wafariena yang mesra disapa sebagai Wafa, sering berkongsi foto dan video bersama ibunya, Suzana Hamad di Instagram. Paling terpengun, ibunya tak nampak macam umur 59 tahun pun.

Awet mudanya! Sekaligus ianya menjadi perhatian ramai di ruangan komen serta dihujani dengan pujian daripada para peminatnya.

 

Ternyata, kecantikan Wafariena saling tak tumpah seperti ibunya terutama part dagu terbel4h tu.

Bertuahnya Wafarina. Bukan sahaja mewarisi kecantikan, bahkan Wafariena juga seorang anak yang baik dan sangat rapat dengan ibunya.

BEREHAT SELEPAS ALAMI KECED3R4AN
Untuk perkembangan terkini, Wafariena kini sedang berehat selepas mengalami kec3der4an ketika penggambaran di Lenggong Perak pada 8 Oktober 2022 lalui.

Wafariena dikatakan mengalami kecederaan dalaman melibatkan t1su pvnggung termasuk k0yak di bahagian p3rut. Berlaku juga pendarahan selepas melakukan 4ksi l4gak ng3ri untuk satu supertelefilem.

Akibat insid3n itu, Wafariena dimasukkan ke sebuah pusat perub4tan selama lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Menurut ibu Wafariena, walaupun keadaan anaknya itu makin pulih tetapi masih perlu dip4ntau terutama keced3r4an di bahagian p3rut yang mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

Memetik kata-kata Wafariena di Instagramnya:yang berterima kasih kepada ibu, keluarga serta para peminatnya kerana mendoakan kesihatan dan kesembuhannya:

“Alhamdulillah berkat doa dari semua yang mendoakan kesihatan Wafa terutama ibu, family dan kesayangan. Jaga Wafa sehabis mampu. Terima kasih semua. Tak terbalas budi Wafa untuk semua. I’m home now to make it full recov3ry and Wafa will be back soon. Insyaallah aminn..”

NONA mendoakan semoga Wafariena segera sembuh dan dapat kembali meneruskan karier seninya seperti sediakala.

Kredit: Instagram Wafariena Roslan

Sumber :nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!