“Bhaya Sangat Tu” Baru Je Bercuti Di Langkawi, Sekali Neelofa Dedah Sesuatu Yang Buat Ramai Bimbang

Hujung minggu lalu, penduduk dan pengunjung Pulau Langkawi, Kedah gempar apabila lokasi peranginan dan percutian popular tersebut dinaiki air sehingga menyebabkan musibah b4njir.
Selain 31 kawasan yang terjejas, musibah itu turut menyebabkan 43 pendaki dan jurupandu terperangkap di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh akibat kejadian kepala air.
Jumlah m4ngsa banjir di Langkawi meningkat
Jumlah m4ngsa banjir di daerah ini meningkat kepada 49 orang setakat jam 5 petang ini, berbanding semalam.
Mangsa terbaharu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa Padang Matsirat membabitkan enam sekeluarga dari Kampung Bukit Kemboja, Mukim Bohor di sini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus, berkata setakat ini empat kampung yang terjejas akibat banjir di daerah ini.
“Mngsa dari Kampung Atas dan Limbung Putra dalam Mukim Padang Matsirat serta Kampung Buluh Penyumpit,Mukim Kuah ditempatkan di PPS sejak malam kelmarin.
“Terbaharu, kita pindahkan enam sekeluarga dari Kampung Bukit Kemboja, Mukim Bohor ke PPS sama,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Shahfikri berkata, seramai 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi menjalankan kerja pembersihan pasca banjir di Pasar Awam Padang Matsirat, pagi tadi.
“APM Langkawi sentiasa prihatin terhadap nasib penduduk yang terkesan akibat bencana ini, malah sedaya upaya berusaha membantu mereka.
“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9611474 sentiasa beroperasi untuk menerima panggilan kecemasan berkaitan rumah dinaiki air, pokok tumbang dan tanah runtuh,” katanya.
Nyaris Berdepan Benc4na B4njir Di Langkawi, Neelofa Ada ‘Instinct’ Tak Sedap Hati; “Saya Perasaan Air Laut Yang …”
Kejadian benc4na alam itu turut mengejutkan usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja pulang daripada bercuti di pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri itu bersama suami dan anak.
Ketika berpeluang bertemu dengannya, Neelofa berkata, dia berasa sangat terkejut apabila membaca berita tentang kejadian tersebut.
Hal ini kerana, musibah b4njir yang melanda Langkawi berlaku sebaik sahaja mereka selesai bercuti dan pulang ke Kuala Lumpur.
“Memang terkejut… Ceritanya, siang hari tu sebelum kami pulang, saya dan suami ada perasaan keadaan air laut yang agak berlainan seperti biasa.
“Apa yang peliknya, ombak di pesisiran pantai berhadapan dengan vila tempat kami menginap bukan main kuat.
“Air pula seperti sedang pasang, macam waktu Subuh tu.. walhal waktu tu dah tengahari. Kami macam tak sedap hati. Sekali tengok esoknya b4njir,” katanya kepada Gempak.
Untuk rekod, percutian ke Langkawi berkenaan merupakan percutian pertama Neelofa dan suami selepas dia mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum.
Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal kembali mengemudikan program bual bicaranya, Next To Neelofa 2.
Antara tetamu-tetamu undangan yang membuat penampilan menerusi musim kedua Next To Neelofa termasuklah Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Arrifin, Ustazah Oki Setiana Dewi dan ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini.!
Kelibat Neelofa, Haris dan anak lelaki mereka Bilal di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah.
Terdahulu Kelibat Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat mendukung bayi lelakinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ditemani suami, Haris Ismail.
Video pasangan suami-isteri itu dirakam seorang pengguna TikTok yang teruja melihat kedatangan selebriti sensasi itu ke pulau peranginan tersebut.
“Wah, Neelofa datang bercuti di Langkawi! Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu… bulatnya dia!,” tulisnya.
Tidak hanya teruja melihat keluarga bahagia tersebut, netizen turut memuji penampilan ringkas mereka yang hanya berseluar trek meskipun berstatus selebriti terkenal.
“Kalau aku pergi Langkawi, dah pakai ala princess dah ni. Elok je pakai seluar trek.
“Steady ustaz dengan seluar dia, si Bilal comel tu kakinya bulat tanpa kasut. Stail mama-mama betul. Berpakaian sederhana, Ya Allah mulianya Haris dan Neelofa,” tulis netizen.
View this post on Instagram
Malah ada juga netizen tak menyangka begitu cepat masa berlalu dan kini bekas pengacara program MeleTop itu sudah pun bergelar seorang ibu.
“Tak percaya Neelofa dukung baby, cepat masa berlalu. Senget dah badan Lofa dukung Bilal!
“Badan semangat Bilal pun larat dukung, hehe,” komen netizen lagi.
Pada malam Rabu, Neelofa memuat naik video di Instagram miliknya memperkenalkan Bilal kepada umum selepas sekian lama menyorokkan wajah bayinya itu kepada umum.
Video yang dimuat naik berkenaan setakat ini menerima enam juta tontonan dengan lebih 700,000 tanda suka.
Sumber/ Kredit :sinar harian
Diolah oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.