Gelagat dengan anak jadi tumpuan, netizen terkejvt Erynne Erynnna dah kahwin

Erynne Erynnna merupakan anak seni yang telah menceburi bidang lakonan sejak kecil lagi. Tentu ramai yang masih ingat ketika era kegemilangannya disaat membintangi filem Congkak. Boleh dikatakan, Erynne Erynnna salah seorang pelakon kanak-kanak yang tidak perlu disangkalkan lagi bakatnya.
Walau bagaimanapun, umum diketahui rumah tangga Erynne Erynnna kini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata perempuannya yang diberi nama Medinah. Sekadar info, Erynne Erynnna telah berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.

Pejam celik, anak perempuan Erynne Erynnna ini sudah semakin membesar dan satu muat dikongsikan ini pula membuatkan pelakon terbabit dan puterinya itu mencvri tumpuan ramai oleh pengguna aplikasi TikTok apabila kecomelan mereka menjadi perbualan ramai.
View this post on Instagram
Dalam rakaman pendek ini memaparkan, Erynne Erynnna dan anak perempuannya meluangkan masa di dapur, perbualan comel mereka juga menarik perhatian ribuan pengguna platform tersebut. Walau bagaimanapun, rata-rata peminat dan netizen juga melihat mereka seperti adik dan kakak. Mana tidaknya, pelakon kecil molek ini sering dikagumi wajahnya yang sentiasa kelihatan comel.
Muat naik video pendek tersebut bagaimanapun membuatkan ada peminat yang turut terkejut dan baru mengetahui, Erynne Erynnna sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.
“Macam adik je…”
“Terkejut serius laa dah kawen…”
“Baru tahu ni, dah kahwin…”
“Weii serius la dah kahwin…”
Sumber/Kredit :HCL
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Sumber : via https://news21link