” Cantik Berhijab”- Intan Ladyana sudah berhijab?

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana dihujani pujian daripada peminatnya apabila tampil berhijab dalam sekeping gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram suaminya, Harris Alif, 23, sebentar tadi.

Dalam gambar berkenaan Intan, 40, bersama suami dan anaknya, Eviee Khadeeja yang berusia sembilan bulan dilihat sedang bercuti di atas kapal persiaran mew4h.

Antara komen peminat: “Cantiknya Intan Ladyana bertudung.

“Semoga terus istiqomah dan berbahagia selalu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)


Intan bagaimanapun tidak memuat naik atau berkongsi mengenai penghijrahan imej terbaharunya.

Intan dan Harris kini bahagia dengan kehadiran anak sulung pada penghujung Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lepas.

Perkahwinan mereka menjadi perbualan hangat kerana jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!