“Saya beri tempoh seminggu….”- Ibu Wafariena beri kata dua, bertanggungjawab atau lap0r p0lis

PETALING JAYA – Lebih seminggu tiada sebarang maklum balas, ibu pelakon Wafariena Roslan, Suzana Hamad memberi kata dua kepada sebuah syarikat produksi agar tampil bertanggungjawab atas keced3raan yang menimpa anaknya atau lap0ran p0lis dibuat sebagai jalan penyelesaian mengikut lunas und4ng-und4ng.

Suzana, 59, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, sehingga kini pihak produksi, termasuk pengarah drama yang mendatangkan keced3raan terhadap Wafariena belum memberi kenyataan termasuk permoh0nan maaf kepadanya atas kem4langan yang menimpa pelakon itu.


“Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang kenyataan termasuk perm0honan maaf daripada pihak produksi termasuk pengarah.

“Saya beri tempoh seminggu kepada pihak produksi untuk berbincang dan bertanggungjawab atas keced3raan yang dialami anak saya sewaktu menjalani penggambaran,” katanya kepada Kosmo! Online.

Suzana berkata, dia tidak akan berdiam diri lebih-lebih lagi apabila pengarah terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak ambil tahu langsung tentang keadaan yang menimpa anaknya.

“Saya tidak suka nak buat hal begini (lap0ran p0lis). Tapi saya terp4ksa daripada berdiam diri. Sudahlah pengarahnya tidak ambil tahu sampai sekarang,” ujar Suzana.


Tambah Suzana lagi, dia memberi tempoh selama seminggu kepada produksi kerana masih mahu memberi peluang kepada pihak terbabit untuk berbincang selain kasihan dengan pihak lain yang bersikap baik terhadapnya.

“Saya sebenarnya enggan memperbesarkan isu ini. Namun saya terp4ksa bersuara kerana benar-benar kec3wa dengan sikap pengarah apabila bersikap lepas tangan.

“Bayangkan selepas lebih seminggu Wafariena menanggung s4kit, sehingga kini pengarah tersebut masih belum membuat permoh0nan maaf. Saya sangat kec3wa,” katanya.

Ketika disoal tentang perkembangan terkini pelakon berusia 26 tahun itu, ibunya memaklumkan Wafariena atau mesra disapa Wafa sudah pun dibenarkan pulang ke rumah sejak Khamis lalu selepas lima hari menerima raw4tan di sebuah pusat perub4tan di Rawang, Selangor.

Biarpun keadaanya semakin baik, namun sebagai ibu, Suzana tetap bimbang terhadap keced3raan dalaman yang dialami Wafariena.


“Alhamdulillah Wafa makin baik dan sudah boleh berjalan walaupun perlahan sebab perut masih s4kit. Cuma saya bimbang dengan keced3raan dalaman yang dialaminya pada masa akan datang.

“Wafa perempuan. Nanti dia akan berkahwin suatu hari nanti. Nak ada anak.

“Tempoh pulih tidak dapat dipastikan oleh doktor berapa lama. Tapi, dia kini mendapat cuti s4kit selama 20 hari. Malah, dalam tiga hari seminggu, Wafariena perlu ke h0spital bagi menjalani raw4tan fisi0terapi,” katanya.

Terdahulu, Wafariena mengalami keced3raan dalaman apabila t1su punggvng dan pervtnya k0yak selepas melakukan aksi lag4k ng3ri dalam sebuah penggambaran drama di Lenggong, perak pada 8 Oktober lalu.

Difahamkan, Wafa menjalani penggambaran untuk sebuah drama ser4m yang diarahkan oleh pengarah baharu, juga terbitan sebuah syarikat produksi baharu untuk tayangan sebuah stesen televisyen berbayar popular. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!