“Air yang dicinc4ng takkan putvs” – Chef Wan, Shikin Maembong

PETALING JAYA – Tidak sampai setahun selepas gemp4r dengan isu perg4duhan sesama sendiri sekitar Februari lalu, Chef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong kini bertemu jalan damai.

Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail, 64, menerusi Instagramnya memutuskan untuk melupakan persengk3taan lama demi membina kehidupan yang lebih berkualiti.

“Air yang dicinc4ng tidak akan putvs. Kami masing-masing sudah dewasa jadi, kami mengambil keputusan untuk berbaik semula.

“Saya juga sedar, tidak baik untuk putuskan silaturrahim tambahan pula ini hanyalah isu kecil,” jelas cef selebriti itu dalam kapsyen sekeping gambar bersama bekas menantunya yang juga kakak, Emma Maembong itu dan cucunya.

Menurut Chef Wan, dalam apa keadaan sekali pun, ikatan keluarga ternyata sangat kuat sehingga sanggup mengetepikan eg0 masing-masing sekali gus mengambil pendekatan saling bermaaf-maafan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


Bagi Chef Wan, tidak elok untuk panjangkan isu tersebut memandangkan Shikin merupakan ibu yang hebat buat cucunya, Putri Arriana Natasha,7.

“Tiada guna kalau menyimpan perasaan m4rah, b3nci, dan dend4m,” kata Chef Wan.

Dalam pada itu, Chef Wan juga enggan memb4zirkan wang dan tenaga untuk membayar peguam berkenaan isu perg4duhan yang disifatkannya sebagai remeh.

“Daripada membuang duit untuk sam4n meny4man, adalah lebih baik jika saya gunakan wang tersebut ke arah kebaikan dan pelajaran Arriana pada masa hadapan.

“Kalau untuk kebajikan lain pun saya boleh bantu, apatah lagi cucu sendiri. Sebagai seorang datuk, saya akan buat yang terbaik buat keluarga saya termasuklah bekas menantu,” ujarnya bernada positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


Difahamkan, Shikin merupakan antara jemputan yang menyerikan majlis sambutan hari jadi ibu Chef Wan, Noraini Abdullah ke-90. Menerusi perjumpaan tersebut, hubungan mereka kembali jernih sekali gus menamatkan sengk3ta yang berlaku sebelum ini.

Shikin merupakan bekas isteri Chef Riz, mereka berkahwin pada 2014 dan bercer4i pada 2016.

Terdahulu, Chef Wan menegur Shikin Maembong secara terbuka mengenai pertelingk4han bersama bekas suaminya, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan berhubung soal anak mereka sehingga Shikin pernah menghantar surat s4man terhadap Chef Wan. -KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!