[VIDEO]”Kamu suara bagus tpi..”- Gelagat Nabil, Kak Lina lari atas pentas buat ramai berdekah

PETALING JAYA – Gelagat lucu dua pengacara Gegar Vaganza 2022, Nabil Ahmad dan Elly Mazlien (Kak Lina) berlari di atas pentas malam ini membuatkan ramai penonton geli h4ti dan tertawa.

Aksi spontan yang ditampil mereka berdua menjadi penyeri program nyanyian tersebut.

Tindakan tersebut berikutan Kak Lina bertanyakan soalan kepada pihak juri tentang mengapa dia boleh ters1ngkir ketika mengikuti Gegar Vaganza musim ke-3 lalu.

Kemudian, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang atau mesra dikenali sebagai Bonda Hetty menjawab pertanyaan tersebut dengan memuji suara Kak Lina, namun sempat berseloroh kepada pengacara tersebut.

“Suara kamu (Kak Lina) sudah bagus, tetapi lagi bagus kalau tidak bernyanyi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata peminat Gegar Vaganza berpuas hati dengan kehadiran semula Nabil di pentas minggu kelima malam ini.

Terdahulu, gandingan Kak Lina bersama pengacara Sherry Alhadad atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad turut memberi kesan positif terhadap kemeriahan program tersebut.


Aksi dua Sharifah itu pada malam berkenaan nampaknya menjadi apabila tampil dengan sikap riang mereka yang dikatakan ‘masuk air’. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!