“Pergi cari gambar saya berb1k1ni, ada tak?” – Nasha Aziz 30 tahun bertahan sebagai model

PELAKON dan model Nasha Aziz mended4hkan pernah mel4rikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa gara-gara perlu mem4kai b1kini.

Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, dia mel4rikan diri kerana tidak sanggup tampil berb1kini yang turut melanggar prinsipnya sebagai seorang model.

“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.

“Saya lihat semua model di situ memakai bik1ni kerana konsep diberikan adalah tepi pantai. Saya pun berlari keluar dari bilik uji bakat dan memberitahu tidak mahu menjadi model,” katanya kepada mStar.

nasha

Nasha percaya dengan bakat yang dikurniakan kepada dirinya.

Nasha berkongsi antara pengalaman 30 tahun sebagai model ketika menghadiri pertunjukan fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pelakon ini turut dipilih menjadi muse kepada jenama Muslimah tersebut.

Bagaimanapun kata Nasha, pegangan kuat terhadap prinsip dan rezeki, dia tetap diberi peluang untuk beraksi tanpa perlu memakai pakaian menc0lok mata pada ujia bakat itu.

Kata Nasha, pihak klien yang meneliti profilnya tetap berminat untuk mengambilnya sebagai model dan membenarkan dia memakai pakaian lebih sopan untuk menjalani sesi uji bakat.

“Ketika itu saya bernaung di bawah agensi milik Puan Seri Tiara Jacquelina dan dia memberitahu klien sudah melihat profil dan berminat untuk saya menyertai mereka.

“Mereka membenarkan saya memakai kemaja-T dan seluar serta memberi bola dan gelung untuk beraksi.

nasha1

Ketika beraksi di pertunjukan fesyen Muslimah Munawarren.

“Saya buat uji bakat itu dengan bersahaja dan Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya mendapat panggilan diterima membintangi iklan komersial tersebut,” imbaunya.

Sejak daripada itu, Nasha percaya dengan bakat dikurniakan kepada dirinya tanpa perlu mel4nggar prinsip yang dipegang sepanjang bergelar seorang model.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nasha Aziz (@nashaaziz)


“Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.

“Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya,”

“Pergi cari gambar saya berb1kini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.

 

Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!