“Jutawan bg nafkah anak RM5k je?! Ayooo… JDT player club tersohor lg terpaling juara bg nafkah kat 2 org anak… cuba teka,”- Rita Rudaini

Baru-baru ini, tular isu mengenai jutawan dan pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang didakwa hanya memberikan sejumlah RM5000 untuk dua bulan kepada anaknya sebagai nafkah.

Malah, isu ini turut menarik perhatian ramai pihak termasuk pelakon Rita Rudaini.

Menerusi akaun TikTok, Rita memuat naik tangkap layar artikel yang memaparkan tentang isu nafkah anak DDNK.

Rita meminta warganet untuk meneka jumlah nafkah yang diberi bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan kepada anak-anak mereka.

“Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkat dekat dua orang anak… cuba teka,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Rita dilihat tidak mendedahkan jumlah bayaran nafkah dalam hantarannya itu tetapi ada warganet mend4kwa bahawa Aidil hanya memberi nafkah sebanyak RM3,000 sahaja.

MAHK4MAH DAH TENTUKAN NAFKAH AIDIL

Namun, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, sempat menyatakan bahawa hak anak-anak akan dituntut di akhir4t kelak.

“Tapi sis… kita semua tuntut ‘di sana’… biarkan mereka bergumbira di dunia,” ujarnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen pula, kelihatan ramai ibu tunggal berkongsi mengalami isu yang serupa berkaitan dengan nafkah anak-anak.

Terdahulu, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008.

Namun, hubungan perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13 dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

Sumber/ Kredit :XTRA

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!