Lagu Baru ‘Trend1ng’, Aliff Syukri Tak Sangka- “Anda kena akui sy memang…”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sejak kebelakangan ini menjadi perbualan netizen di media sosial selepas diumumkan akan melancarkan lagu barunya berjudul Baby Sayang. Tidak sendiri, kali ini Aliff Syukri tampil berduet dengan penyanyi, Baby Shima.

Walau bagaimanapun selepas dilancarkan melalui YouTube beberapa jam yang lalu, Aliff Syukri meluahkan rasa teruja dan senangnya apabila single terbarunya telah trending nombor 1 di platform tersebut.

Aliff Syukri di Instagram juga memuat naik satu rakaman video untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong. Usahawan ini juga meluahkan rasa tidak percaya kerana dalam masa 10 jam sahaja sudah trending nombor 1 di YouTube.

Sehingga kini pula, muzik video Baby Sayang nyanyiannya dan Baby Shima sudah meraih lebih 280,000 tontonan tidak sampai 24 jam dikongsikan.


“Anda kena akui saya lah penyanyi yang sebenar kesayangan rakyat Malaysia. Syukur lagu ni trending nombor 1 dalam masa 9 jam. Ramai yang suka.”

“Sekarang ni saya akui saya memang penyanyi nombor 1 Malaysia buktinya saya nombor 1 trending. Tq pasangan duet lagu saya, Baby Shima yang melontarkan vokal yang hebat. Komposer @amyuks pengarah muzik @nazril.azri.official, video pengarah @tjdntrmn.” Tulisnya diruangan kapsyen melalui Instagram peribadinya itu yang disertakan satu rakaman video bersama puterinya, Qadejah El Zahra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)


Komen Netizen

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber:HCL, via https://news131media

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!