“Cukup kenyangkah kamu dengan kec4man orang?”-[VIDEO] PU Syed tegur Aliff Syukri

PETALING JAYA – Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberi tegvran kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri supaya membatalkan hasrat melancarkan muzik video lagu dangdut terbaharu yang disifatkan keterl4luan.

Katanya, lagu tersebut tidak salah andai menyelitkan unsur positif, namun paparan muzik video (MV) yang dikongsi lebih kepada menonjolkan aksi menari bersama seorang artis wanita yang turut meninggalkan impak kepada keluarganya.

“Sekali lagi Aliff Syukri buat kontr0versi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keag4maan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

“Tapi jemput artis yang goyang gervdi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak dided4hkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat.

“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aur4t itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang.

“Apa yang kamu mahu ded4hkan kepada masyarakat,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram.

Tambah PU Syed lagi, usahawan terbabit seolah-olah sengaja mahu mencetvskan sesuatu perkara yang mendatangkan kemvngkaran supaya terus diperkatakan orang.

“Cukup kenyangkah kamu dengan kec4man orang? Sering kali kamu keluarkan kontr0versi sampai terp4ksa orang lain pula bagi nasihat.

“Adakah kamu nak (suka) macam itu? Adakah kehidupan kamu untuk menyen4ngkan perut hati kamu semata-mata? Tidakkah kamu suka menggembirakan ag4ma Allah SWT.

Cukuplah kemungk4ran yang berlaku di depan mata. Jangan tambah lagi,” luah pendakwah bebas yang sememangnya terkenal dengan kel4ntangan dalam memberi tegur4n.

Pada masa sama, PU Syed turut berharap individu berpangkat sepertinya dapat membuat pertimbangan dengan wajar sebelum melakukan perbuatan dil4rang ag4ma.

“Adakah kamu bangga dengan pangkat Datuk Sri? Datuk atau Tun sekali pun kami ada (tegvr) untuk menceg4h kemungk4ran.

“Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungk4r. Fikir halal har4m, fikir pah4la dan dos4 dan fikir m4ti kita.

“Saat kem4tian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dos4 penonton yang menonton video dangdut meng4rut kamu ini?

“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Sri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu t4kut kepada Allah SWT lebih daripada kamu t4kut kehilangan harta sendiri,” katanya.


Terdahulu, teguran PU Syed berpunca daripada perkongsian video promosi di Instagram mengenai pelancaran lagu dangdut berjudul Baby Sayang berserta tarikh tayangan MV tersebut.

Klip promosi tersebut memperlihatkan teman duet, Baby Shima menari sambil mereka menyanyikan dendangan yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini pendakwah terbabit sering memberi ‘takzirah’ kepada Aliff yang menjadi antara personaliti popular yang tidak putus mencetvskan kisah sens4si.

Terdahulu, sekitar awal tahun ini bapa kepada lima cahayamata itu pernah menyatakan mahu mengurangkan kontr0versi bagi mengelakkan anak-anak mendapat m4lu. – KOSMO! ONLINE

Komen netizen: 

 


Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!