Rakan selebriti titip doa & kata-kata semangat buat Mizz Nina, Noh Hujan

PETALING JAYA – Percer4ian pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina menjadi satu kejvtan besar buat semua peminat dan dunia seni hiburan tanah air.

Ketika ramai yang masih tercari-cari punca berlakunya perpis4han tersebut, baik Nina mahupun Noh, masing-masing menerima ribuan doa dan kata-kata semangat menerusi media sosial.

Bukan sahaja netizen, malah ramai rakan selebriti meninggalkan komen agar Nina, 42, dan Noh, 37, diberikan kekuatan untuk menempuh fasa hidup baharu selepas ini.

Bukan hanya buat Nina dan Noh, mereka turut berdoa agar pasangan tersebut, Musa sentiasa diberikan kehidupan yang baik kelak.

“Semoga Allah memberi keberkatan dalam setiap perkara kepada anda berdua dan Musa,” komen pelakon terkenal, Fazura dalam hantaran Nina semalam.

“With difficulty come double eases (setiap yang sukar pasti akan hadir satu kelegaan),” kata aktres Ummi Nazeera.

“Fii Amanillah ukhti (semoga anda sentiasa dalam perlindungan Allah SWT),” ujar penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Semalam, industri hiburan tanah air digemp4rkan dengan berita percer4ian vokalis kumpulan Hujan tersebut dengan Nina yang diumumkan menerusi satu hantaran Instagram.

Dalam hantaran tersebut, mereka memberitahu keputusan untuk bercer4i diambil selepas melakukan banyak pertimbangan dan memilih untuk kekal berkawan kelak.

Malah, mereka juga memohon diberikan ruang priv4si sepanjang tempoh iddah.

Terdahulu, mereka juga dikhabarkan sudah bercer4i talah satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur kelmarin.

Sebelum itu, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka h4ngat diperkatakan sejak bulan lalu namun dinafikan Noh dalam satu temu bual bersama media.

Lebih menghangatkan situasi, muncul d4kwaan video luc4h yang dikatakan menyerupai Noh tul4r dalam media sosial namun khabar angin tersebut masih belum ada sebarang kepastian sehingga kini.

Untuk rekod, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mendirikan rumah tangga dengan Nina yang merupakan anak kepada bekas pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim pada 1 Julai 2011.

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut mengambil anak angkat bernama Musa pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!