‘Budak’ berusia 27 tahun susah dapat kerja kerana wajah seperti kanak-kanak

Beijing: Seorang lelaki dari Dongguan, China menghadapi mas4lah mencari pekerjaan kerana dia kelihatan seperti kanak-kanak berbanding usia sebenarnya yang sudah lewat 20-an.

Mao Sheng, 27, kelihatan agak muda selama bertahun-tahun, namun ramai yang bersetuju dia kelihatan kebudak-budakan, lapor Oddity Central.

Walaupun sesetengah orang menganggap itu sebagai rahmat, Mao mend4kwa ia adalah satu sump4han, kerana ia menghalangnya daripada mendapat pekerjaan.

Kebanyakan majikan tidak percaya dia berumur seperti yang did4kwanya, dan tidak mahu pihak berku4sa menvduh dia kanak-kanak kerana penampilannya yang muda.

Dalam video tersebut, Mao Sheng meluahkan rasa kecew4 di mana penampilan fizikalnya menjadi masalah ser1us dalam hidupnya.

Dia mend4kwa rata-rata majikan tidak percaya apabila dia mended4hkan umur sebenarnya, malah mereka bimbang dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa kerana mengambil kanak-kanak bekerja.

Dalam nada sedih, Moa Sheng berkata situasi tersebut menyebabkan dia tidak mampu membantu bapanya mencari sumber pendapatan.

Susulan tersebarnya video tersebut, warga maya mengec4m bakal majikan kerana tidak menawarkan peluang pekerjaan kepada Mao Sheng.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pemuda itu kini dilaporkan bakal mendapat pekerjaan kerana terdapat majikan yang berminat. – Dailystar

 

Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!