“Ibu bapa saya berasa sangat bangga! “- Sarah Hildebrand Rasmi jadi Tentera Udara AS

PETALING JAYA – Bersara dari dunia seni, pelakon Sarah Hildebrand yang kini secara rasmi menyertai unit Tenter4 Udara Amerika Syarikat (AS) tidak berdepan sebarang diskrtiminasi budaya atau ag4ma biarpun statusnya sebagai Muslim bahkan berd4rah campuran Melayu.

Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berkata, dia masih mengamalkan ajaran Islam ketika berada di kem tenter4, bahkan anggota lain turut menghormati pegangan ag4manya sebagai seorang Muslim.

 

“Sudah tentu! Di atas fail saya juga tertera bahawa saya seorang Muslim. Malah mereka menghormati saya dan mengambil serivs tentang perkara itu,” kata Sarah

Sarah, 32, berkata demikian bagi menjawab persoalan seorang pengikutnya dalam Instagram sama ada dia dibenarkan untuk mengamalkan aj4ran Islam ketika berada di dalam kem tenter4.

Ketika disoal tentang tujuan utama pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menyertai Tentera Udara AS, Sarah memberitahu semuanya disebabkan pand3mik c0vld19 yang mel4nda di seluruh dunia.

“Apa motivasi anda untuk menyertai tenter4 AS?” tanya seorang pengikutnya.

“Sebab pand3mik (c00vld-19). Perint4h berkvrung di Malaysia (Perintah Kawalan Pergerakan) sangat tervk,” jawabnya.

Sementara itu, Sarah juga memberitahu keputusannya untuk menyertai unit Tenter4 Udara AS turut mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya yang turut berbangga apabila Sarah menyertai pasukan tenter4.

“Ibu bapa saya berasa sangat bangga! Saya bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada mereka terutama mendapat doa daripada seorang ibu,” katanya.

Pada masa sama, Sarah tidak melihat faktor usia sebagai penghalang untuk dia menyertai unit ketenter4an pada umur 32 kerana beranggapan kehidupan sebenarnya baru sahaja bermula.

“Saya tidak rasa tua langsung. Kehidupan saya baru sahaja bermula,” katanya yang juga percaya keputusan yang dibuat itu telah pun diatur oleh Allah SWT.

Terbaharu, Sarah turut berkongsi saat manis apabila menerima ucapan tahniah dari Pusat Latihan Tenter4 Udara AS yang terletak di Richmon, Indiana oleh pegawai selepas berjaya menamatkan kursus ketenter4an, sekali gus menyertai unit ketenter4an tersebut secara rasmi.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sarah Hildebrand atas kejayaan menamatkan sesi latihan MEPS (Milit4ry Entrance Processing Station) dan menyertai pasukan Tentera Udara AS.

“Ini merupakan satu langkah besar dalam hidup anda dan saya tidak sabar untuk melihat sejauh mana kejayaan yang mampu awak capai,” ujar pegawai Staf Sarjan Matthew Rogers.

Minggu lalu, Sarah memberi gambaran seolah-olah akan menyertai unit Tenter4 Udara AS menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Perkongsian Sarah sekali gus menarik perhatian khalayak apabila rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

Terdahulu, Sarah yang juga seorang pengacara membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dari industri seni hiburan tempatan menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Sarah berharap pengumuman tersebut dapat ditul4rkan supaya ramai pihak tahu bahawa dirinya sudah pun bersara dari industri seni hiburan tempatan.

Selepas bersara, Sarah kemudiannya nekad meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke AS dan enggan lagi kembali ke negara ini. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!