Ded4h leher?, Ini Respon Sharifah Rose

PETALING JAYA – Pelakon juga pensohor media sosial popular, Sharifah Rose mengakui kekurangan sendiri yang bertudung namun tidak menutup aur4t dengan sempurna.

Atas alasan tersebutlah, pemilik nama lengkap, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira itu bersikap terbuka dengan kec4man yang dilontarkan segelintir netizen berhubung penul4ran sekeping foto terbaharunya yang menampakkan lehernya dalam Instagram.

Terdahulu, seorang jurusolek profesional, Khir Khalid berkongsi sekeping foto wajah jelitawan berusia 28 tahun tidak menutup aur4t dengan sempurna sekali gus mengundang kec4man hebat daripada orang ramai.

“Tentang gambar yang dikongsikan abang Khir itu, bagi saya, tiada mas4lah besar pun dan terpulang kalau netizen nak gembar-gemburkan tentangnya.

“Dia pun nak ‘test lighting’ (ujian pencahayaan) sahaja dan berkongsi hasil kerjanya dalam media sosial miliknya. Netizen nak cakap itu ini, saya tidak mempunyai kuasa nak tutup mulut mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya lanjut tentang statusnya sebagai wanita bertudung, pelakon drama rantaian, Kekasih Hati Mr Bodyguard itu memaklumkan, dia masih mencuba yang terbaik untuk menutup aur4t dengan sempurna seperti tuntutan buat seorang Muslimah.

“Saya pakai tudung sudah lama tak nak cakap sempurna itu, jauh sekali sebab saya pun sama macam orang lain masih belajar.

“Saya akui, kadang-kadang, saya pakai turban. Pakai tudung pun, anak rambut terkeluar dan orang nampak.

“Sebagai seorang manusia yang masih mencari kesempurnaan dalam menutup aur4t, saya minta maaf kalau perkongsian saya mahupun orang lain membuatkan khalayak di luar sana tergvris h4ti.

“Insya-Allah, dari semasa ke semasa, saya akan terus mencuba memperbaiki diri dan sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Saya terima teguran dengan hari terbuka,” ujarnya.

Nama Sharifah Rose menjadi topik h4ngat perbualan apabila jurusolek Khir menerima kec4man netizen selepas membuat perkongsian sekeping foto Sharifah Rose dengan solekan minimalis menampakkan leher dan anak rambutnya.

“Dia pakai tudung ke tak sebenarnya?. Leher pun dah free (terbuka),” demikian antara komen ditinggalkan netizen.

Jawab Khir bersahaja: “Bukan mas4lah anda!”- KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!