“Wanita hebat”- Netizen Gembira Tengok Puteri Sarah & Rossa Sera Bergabung

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga, pelakon Puteri Sarah dan Rossa Sera.

Ketika Sera dikatakan dalam proses berpisah berpis4h dengan suaminya, Shuk Sahar, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah pula dalam proses menyaman orang ketiga.

 


Baru-baru ini, kedua-dua mereka bertemu dalam satu majlis dan dilihat ada memuat naik video dan gambar bersama di Instagram.

Malah, kedua mereka juga saling bertukar kata semangat untuk terus bangkit ke hadapan dalam mencari rezeki.

Sera turut menitipkan ucapan terima kasih buat Puteri Sarah yang banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Puteri Sarah ni la yg banyak bagi semangat dekat Sera. Dulu kami selalu bertukar cerita dekat call je takde kesempatan nak jumpa. Alhamdulillah sekarang kami sama sama dapat bangun dan mencari rezeki sama sama bersama”

“Engkau tidak akan sekuat laki-laki, tapi engkau lebih tabah dari mereka. Dan ketabahan itulah yang menjadikan wanita mampu mengalahkan laki-laki.”


Perkongsian Puteri Sarah dan Sera mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang suka melihat mereka berdua bergabung.

Malah, ramai mengagumi kedua mereka yang disifatkan wanita hebat dan kuat serta berseloroh mengatakan orang ketiga perlu bersiap sedia.

Komen Netizen: 

Sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!