[Video]Mat Kilau Raih Kutipan RM90Juta, Sekali Ini Kata2 Puteri Sarah Kepada Suaminya, Syamsul Yusof “Saya Ada Pergi Ke Set…”

Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Syamsul Yusof selepas filem arahan suaminya, Mat Kilau kini berjaya meraih kutipan sehingga RM90 juta.

Sarah berkata, dia sendiri melihat kepayahan yang terpaksa dilalui oleh kru dan juga team Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskhah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.


“Saya nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga team Mat Kilau kerana saya tahu macam mana proses mereka shooting dulu.

“Kalau nak ikutkan, saya baru meng4ndungkan Sumayyah ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke set, bagi sokongan. Dan saya tahu proses-proses yang dilalui oleh mereka ketika sh00ting… Ada masalah dekat set dan proses suntingan pun dibuat ketika PKP,” katanya kepada Gempak.

Sarah berkata demikian pada majlis Meet & Greet Face Of Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota semalam.

Dalam pada itu, Sarah turut mengingati kerja-kerja yang dilakukan terutama mereka yang terlibat sepanjang proses penggambaran.

“Berbanyaklah tahniah kepada pelakon semua… team, kru yang paling penat sekali. Dan juga kepada pengarah. Alhamdulillah, syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa. Kepada produser iaitu Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!” kata Sarah.

Ditanya sama ada bakal mendapat sebahagian daripada hasil ketipan tiket Mat Kilau, Sarah menjawab: “Kalau saya Studio Kembara, saya dapat,” ujarnya ringkas.


Terdahulu, media melaporkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sudah 33 hari ditayangkan, kini mencatat kutipan RM90 juta, sekali gus menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.

Filem berkenaan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairi dan Fattah Amin.


Sumber/Kredit : GEMPAK

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!