“Ini bukan gim1k.”- G0sip hubungan Idan Aedan dengan Mia Sara. Ini Penjelasan Idan Aedan

PETALING JAYA – Pelakon remaja, Idan Aedan meneg4skan hubungannya dengan rakan seperjuangan, Mia Sara Nasuha hanya sebagai kawan, bukan bercinta atau gimik seperti diperkatakan sesetengah peminat.

 

Katanya, keakraban mereka dis4lah anggap sehingga timbul d4kwaan g0sip tersebut sengaja dicipta untuk meraih sens4si.

“Ini bukan g1mik. Biasalah, apabila kita muat naik gambar dengan individu daripada jantina berbeza, mesti akan timbul cerita sebegitu, walaupun orang tak tahu cerita sebenar.

“Saya rasa, saya tak perlu g1mik mur4han sebegitu kerana saya lebih selesa mel0njakkan nama saya menerusi hasil kerja dalam lakonan.

“Bagi saya biarlah orang kenal saya dengan bakat yang saya ada, bukan menerusi cerita tidak betul. Apa pun saya okey saja.

“Sebelum ini saya sudah jelaskan hal sebenar dalam Instagram. Nampaknya ramai faham, kalau ada yang masih tak percaya, itu terpulang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon berusia 18 tahun itu ditemui ketika majlis pra pelancaran filem berkisar dunia bola sepak, Anak Rimau terbitan bersama  syarikat barangan sukan, Al-Ikhsan Sports.

Pemilik nama penuh Muhammad Shahidan Abdullah yang berusia 18 tahun itu antara barisan pelakon filem berbajet RM5.5 juta bergandingan dengan Beto Khusyairy, Azhan Rani dan Adam Corie.

Terdahulu, nama bintang muda ini h4ngat selepas gambar yang dimuatnaik dilaman sosial bersama Mia, 16, mengundang g0sip cinta antara mereka.


Katanya lagi, buat masa ini dia enggan mengalih perhatian kepada urusan hati memandangkan dirinya perlu fokus terhadap beberapa komitmen kerja yang sudah menanti.

“Fokus untuk sesebuah perhubungan buat masa sekarang mungkin tidak. Saya rasa ada banyak perkara lain yang saya kena bagi perhatian.

“Sekarang kami sedang dalam promosi Anak Rimau The Movie yang bakal ditayangkan pada 1 September depan. Ada juga beberapa projek lain menunggu.

“Jadi mana sempat nak fikir pasal cinta. Tapi apabila keluar g0sip antara saya dan Mia, kena kec4m pula. Banyak juga komen pasal budak belasan tahun bercinta.

“Tergel4k baca komen sebab orang tak tau situasi sebenar. Lagi pun belum pernah kami keluar berdua. Masa makan beramai-ramai itu pun sebab waktu itu kami bekerja dalam produksi sama,” ulasnya lagi.

Ditanya mengenai persahabatannya dengan pelakon remaja terbabit, Idan menjelaskan hubungan mereka masih sama seperti dahulu.

“Dia lebih berpengalaman dalam industri seni kerana sudah berlakon sejak kecil. Sudah tentu dia lebih memahami keadaan ini selain bertenang saja,” ulas Idan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara)


Sementara itu, Anak Rimau adalah filem pertama remaja tersebut sebagai teraju utama yang anggap sebagai amanah besar, namun dapat dijayakan dengan sokongan pelakon senior.

“Barisan pelakon dalam filem ini juga sangat padu. Saya anggap Beto dan Azhan sebagai senior yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Banyak tip dan nasihat yang mereka kongsikan,” katanya.

Memegang watak Arif, Idan turut menerima didikan ilmu lakonan daripada pelakon dan guru lakonan, Fatimah Abu Bakar.

Idan berkecimbung dalam arena seni sejak berusia 10 tahun bermula dengan iklan, lakonan serta bidang pengacaraan.

Namanya pernah dicalonkan dalam Anugerah Asian Academy Creative 2018 untuk kategori Pelakon Terbaik bagi watak utama Saiful dalam telefilem Luar Biasa. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!