“Filem Abang Tak Sempurna Kalau..”- Filem Syamsul Yusof, Mat Kilau Cipta Rekod Lagi

PENGARAH tersohor Syamsul Yusof boleh mend4bik d4da apabila filem terbaharu arahannya, Mat Kilau Keb4ngkitan Pahl4wan memec4h rekod sebagai naskhah tempatan paling laris sepanjang zaman apabila ia mendapat kutipan box-office RM90 juta dalam masa 33 hari tayangan.

Syamsul, 38, sebaliknya secara merendah diri mengakui naskhah arahannya itu bukanlah sempurna sekiranya ia dikira mengikut undang-undang dan peraturan pembikinan filem yang formal.

Namun katanya, dia ber4ni mel4nggar semua per4turan yang ada demi menghasilkan sebuah filem yang dapat menggembirakan penonton di Malaysia.

“Filem abang tak sempurna kalau ikut ‘laws and rules of film making’, tetapi saya l4nggar semua peraturan itu demi menggembirakan penonton.

Syamsul 2

Filem Mat Kilau masih mendahului carta lima minggu berturut-turut.

“Sebenarnya siapa yang buat und4ng-und4ng dalam pembikinan filem? Maaf bertanya, siapa ya?,” katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak bersetuju dengan ‘und4ng-und4ng’ dan ‘peraturan’ tersebut kerana percaya seni itu indah dan subjektif pada semua.

Sebaliknya kata Syamsul, pembikin filem sepatutnya mengikut hati dan bukannya buku dalam menghasilkan sebuah karya yang baik.

“Abang tak pandai tetapi pembikin filem patut ikut hati mereka bukannya buku.

“Abang percaya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga begitu, di mana beliau berkarya mengikut hati seninya. Jadi, kita belajar apa yang mampu daripada beliau,” katanya.

Sementara itu, Syamsul turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila Mat Kilau Keb4ngkitan Pahl4wan kekal berada di kedudukan pertama carta Top 10 filem selama lima minggu berturut-turut sejak ditayangkan pada 26 Jun lalu.

“Sejarah, rekod tercipta lagi. Filem nombor satu dalam carta box-office untuk lima minggu berturut-turut. Ini tidak pernah berlaku,” tulisnya.

Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!