Ariff Bahran kongsi berita gembira timang anak lelaki

PETALING JAYA – Penyanyi Ariff Bahran kini bertukar menjadi seorang bapa apabila isterinya, Amirah Syazwani Mohd. Ridzuan, 28, sel4mat mel4hirkan b4yi sulung pukul 3.32 pagi tadi.

Arif atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari berkongsi berita menggembirakan tersebut menerusi satu hantaran Instagram sebentar tadi.

“24/7/2022 – 3.32am. Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan anda, anak lelakiku,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Turut disertakan menerusi hantaran tersebut sekeping foto Ariff sedang memangku anak sulungnya itu termasuk sebuah video pendek momen isterinya sedang menen4ngkan an4knya yang baru dil4hirkan.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat dan rakan artis mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Ariff sekeluarga.

Terdahulu, Ariff, 24, dan Amirah Syazwani mendirikan rumah tangga pada 3 September, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Perkahwinan Ariff dan isteri dirahsiakan daripada pengetahuan umum selama tiga bulan dengan alasan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak termasuk disebabkan kekangan Prosedur Operasi Standard (SOP) c0vld-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)


Komen Netizen: 

Berita perkahwinan mereka diumumkan ketika siaran langsung malam Anugerah Drama Sangat 2022 yang dikendalikan Ain Edruce dan Nabila Huda. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!