Netizen tudvh Aaisyah tidak ke sekolah. Che Ta tampil bid4s tudvhan netizen

PETALING JAYA – “Jangan gat4l cakap anak saya tak ke sekolah ya, dia sedang cuti.”

Demikian penjelasan pelakon popular, Rozita Che Wan apabila terdapat segelintir netizen yang mempertikai mengapa anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Tampil menjawab pertanyaan ramai, dia yang mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu, Aaisyah yang merupakan pelajar sebuah sekolah antarabangsa sedang bercuti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)


“Ada yang tanya anak saya tidak ke sekolahkah? Alahai, Aaisyah sedang bercuti (summer break). Bulan Ogos nanti dia akan kembali ke sekolah semula.

“Dia bersekolah antarabangsa. Mereka kalau bercuti memang dalam tempoh yang lama,” katanya dalam satu entri Instagram semalam.

Tambah pelakon drama Suri Katriana itu, anak bongsunya yang kini berusia lapan tahun itu akan mengikutnya bekerja terutama pada musim cuti sekolah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)


“Jadi, dia akan mengikut saya sekiranya ada masa terluang. Jika saya s1buk dengan penggambaran, ayahnya, Zain Saidin atau dua abangnya yang akan menjaga.

“Jangan gat4l kata anak saya tidak pergi ke sekolah. Dia sedang cuti. Siap ada cikgu yang ajar mengaji datang ke rumah,” ujarnya.

Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama Zain pada 2013 selain turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!