“Siapa yang tak nak kahwin”– Siti Saleha Memang nak kahwin lagi

KUALA LUMPUR –  “Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa.”

Itu respons pelakon jelita, Siti Saleha berhubung perancangan untuk kembali berumah tangga selepas bercer4i pada awal tahun ini

Tidak trauma dengan kervntuhan mahligai yang dibina pada 2017, Siti Saleha, 32, secara jujurnya sama seperti wanita lain yang mendambakan kebahagiaan hidup berpasangan dalam perkahwinan.

“Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah.

“Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas). Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya,” katanya.

Pemilik nama lengkap Siti Saleha Mohd. Baharum itu berkata demikian ketika ditemui ketika majlis memperkenalkan barisan juri dan peserta program Muzikal Lawak Superstars 3 (MLS3) di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu dilantik menjadi juri tetap bergandingan bersama Datuk Awie yang akan mula bersiaran pada 22 Julai ini.

“Pada mulanya, saya risau nak terima tawaran sebagai juri maklumlah saya bukan pelawak, ramai lagi yang layak.

“Tetapi ini cab4ran, tidak salah saya mencuba. Lagipun, secara peribadi saya sukakan komedi, mudah terhibur dan suka ketawa,” katanya teruja.

 

Ditebak mengenai hubungannya dengan bek4s suami, Saleha enggan mengulas lanjut,  namun mengakui mereka bersikap profesional antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)


Siti Saleha sah bercer4i t4lak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahk4mah Rendah Sy4riah Klang, Selangor pada 17 Januari lalu.

Pada 13 Oktober 2021, wanita itu mengesahkan memfailkan percer4ian terhadap Ahmad Lutfi, 36, selepas dibenarkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Berita keret4kan rumah tangga mereka mengejutkan ramai pihak kerana Siti Saleha tidak pernah berkongsi mas4lah perib4di secara terbuka dalam media sosial atau bersama media.Pasangan itu bernikah pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan anak.

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!