Akhirnya Yasin Sulaiman Dapat Jumpa Anaknya, Mengundang seb4k

PETALING JAYA – Pertemuan singkat penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman bersama anak perempuannya iaitu Malaika ternyata mengundang seb4k serta meruntun hati netizen.

Kegembiraan dan kasih sayang dua beranak itu dikongsi keluarga terdekat Yasin dalam akaun rasmi Instagram miliknya selepas mereka bertemu usai sesi sebutan k3s di Mahk4mah Majistret Petaling Jaya semalam.

“Hari ini (semalam) sebutan kes Yasin di m4hkamah. Alhamdulillah lap0ran kim1a sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari sekarang.

“Rambut Yasin digunting oleh Barber Shop Hafis Kedah, rakan tah4nan Yasin di Sungai Buloh,” tulis keterangan pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat menitipkan doa, tidak kurang juga yang mengakui seb4k melihat pertemuan singkat kedua-dua beranak itu.

“Sed1hnya, saya tahu awak kuat Yasin. Alhamdulillah terubat rindu anak dan bapa.

“Berharap sangat Yasin dapat dibeb4skan segera dan jalani hidup normal seperti biasa,” tulis netizen.

Mengikut pertvduhan, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa menged4r d4dah berb4haya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi pertudvhan tersebut, Yasin did4kwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta D4dah Berb4haya 1952 dan boleh dihukvm 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penj4ra seumur h1dup atau g4ntung sampai m4ti dan jika tidak dihukvm m4ti hendaklah diseb4t tidak kurang 15 seb4tan jika sabit kes4lahan. – KOSMO! ONLINE


Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!