“Ampunkan saya jika…” Ben Amir Buat Luahan, Sekali Mira Filzah Pun Masuk Komen

PETALING JAYA – “Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan ampunkan jika saya pernah meluk4i sesiapa”.

Demikian coretan ringkas pelakon Ben Amir dalam Instagram miliknya yang sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Tanpa perkongsian lanjut dan perincian masalah kesihatannya, pelakon Sweet Dreams itu bagaimanapun memaklumkan setelah tiga minggu, kondisi kesihatannya kini beransur pulih. Dia juga bakal menjalani satu pembed4han, esok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)


“Sudah tiga minggu beransur sembuh. Esok (semalam) adalah harinya saya akan menjalani pembed4han.

“Saya akui agak gementar bila memikirkan pembed4han ini. Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan ampunkan jika saya pernah melukai sesiapa. Doakan yang terbaik untuk saya.

“Saya bercadang nak tidur banyak dan biarkan tubuh ini berehat untuk lekas sembuh. Maaf kalau tak balas pesanan anda, sampai jumpa lagi,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil memaparkan sekeping foto dirinya sedang duduk di atas katil dari padangan sisi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut terutama peminat membanjiri platform tersebut dengan doa dan kata-kata semangat yang dititipkan buat pemilik nama lengkap Muhammad Ben Amir Sabaruddin itu.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan Ben. Moga semua berjalan lancar. Kami doakan semoga pembed4han awak dipermudahkan.

“Semoga Allah permudahkan segalanya. Rehat secukupnya okay,” tulis netizen.

Dalam pada itu, hantaran terbaru yang dimuat naik dalam InstaStory menunjukkan bahagian mata kiri Ben ditutup dan dilekatkan dengan alat pelindung buat sementara waktu selepas pembed4han dilakukan.

Kemaskini tersebut secara tidak langsung meredakan sedikit persoalan dan tanda tanya yang bermain dalam fikiran peminat.

“Kemaskini. Dia dalam keadaan stabil. Dia tidur sepanjang hari. Terima kasih untuk segala perhatian dan doa anda,” tulisnya.

KOMEN MIRA FILZAH :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : KOSMO! ONLINE via https://bartasangbad.site

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :https://live74today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!