Indah dan unik!, Bunga ElHaq nama anak Elisya Sandha

PETALING JAYA – Bunga ElHaq Uzair Haqimy. Indah dan unik!

Begitulah nama cahaya mata sulung pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy yang dil4hirkan di sebuah pusat perub4tan di ibu negara, pagi semalam.

Pilihan nama indah itu awaknya dikongsikan kakak kepada Elisya yang juga aktres Fasha Sandha menerusi hantaran video di Instagramnya ketika melawat ibu muda serta si kecil di h0spital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


“Syukur ahamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya, Elisya. Syukur, Allahuakbar cantiknya ‘b4by’ Bunga Elhaq. Selamat datang ke dunia sayang ibu,” katanya.

Pada perkongsian sama, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 38, itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada kedua-dua wanita penting dalam hidup adiknya termasuk mentua Elisya, Sheila Rusly.

“Cantik dan sihat ‘baby’ Bunga. Syukur, selamat berp4ntang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.

Nama Bunga Elhaq seterus diumumkan sendiri oleh Elisya dan Uzair menerusi Instagram masing-masing, sekali gus mengesahkan pilihan nama buat cucu sulung pasangan penerbit Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo itu.

Elisya menutup sebahagian wajah puteri sulungnya, Bunga Elhaq.

Rata-rata pengikut di medium maya berkenaan turut memuji keunikan nama tersebut selain meluahkan harapan dapat melihat muka si kecil dalam masa terdekat.

Terdahulu, Elisya, 23, dan Haqimy, 26, atau Haq melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos tahun lalu selepas hampir tujuh bulan menjalin pertunangan.

Ibu mentua Elisya, Sheila turut meluahkan rasa syukur dan teruja menimang cucu pertama sekali gus menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarganya itu.


Sebelum itu dia mended4hkan bermimpi cucunya l4hir dan terus memberikan nama, namun menyatakan perkara itu hanya akan dikongsikan Elisya sendiri bersama suaminya selepas kel4hiran si kecil. – KOSMO! ONLINE


Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!