“Saya Dah Menyediakan Rumah Seorang Sebuah”- Jamal Abdillah N4fi Hubungan Renggang Bersama Anak

Penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah menafikan menjadi punca hubungan dengan anak keduanya Zaki Yamani yang did4kwa renggang.

Menurut Jamal, dia sentiasa memberi layanan sama rata kepada lima anaknya dan tidak pernah membezakan mereka.

“Ketika kontr0versi ini tercetvs, saya masih berhubung dengan anak saya (Zaki), tambahan pula, Zaki kini merupakan peserta sebuah program realiti dan saya juga terlibat dengan rakaman program itu,” katanya kepada Murai MY.

Raja pop itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab, di Istana Budaya, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah penyanyi Kekasih Awal Akhir itu, dia juga terbuka untuk tinggal bersama semua anaknya, malah telah menyediakan rumah kepada dua anaknya itu seorang sebuah.

Foto Zaki bersama ibunya Fatimatuzahra, VIA IG Zaki Yamani
“Saya okay saja, saya dah siapkan semua untuk anak-anak saya, rumah pun saya dah sediakan seorang sebuah.
“Apapun, saya serahkan segalanya kepada Allah SWT dan terpulang juga kepada ibu mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, Zaki, 15, meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak meraikan lebaran bersama bapanya itu. Kemudian, Jamal mend4kwa dia dih4lang bertemu dengan anaknya selepas bercer4i dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.

Untuk info, Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra  pada Disember 2005 dan bercerai dua tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Zaki atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani.

Jamal juga mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki Osama Yamani, 20, hasil daripada perkahwinan sebelum itu.

Pada 1 April 2017, Jamal telah bernikah dengan seorang wanita berasal dari Kulim, Datin Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinannya kali keempat.

 

Sumber :murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!