“Alaa seb4knya” – Sempena Ulangtahun Ke-23, Jinggo Titip Ucapan Istimewa Buat Elisya Sandha

Pelakon jelita, Elisya Sandha menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke -23 tahun hari ini. Ulang tahun pada kali ini juga menjadi momen istimewa buat Elisya yang bakal menjadi ibu kepada seorang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

“Selamat Datang Ke Keluarga Kecil Kami”

Menerusi hantaran di Instagram, bapa mertua  Elisya yang juga penerbit dan pengarah iaitu Jinggo turut menitipkan ucapan istimewa buat menantu pertamanya itu.

“Happy birthday Sya..Selamat datang ke keluarga kecil kami. Keluarga kami tak besar mana pun. Keluarga kami tak sempurna mana pun. Keluarga kami tak hebat manapun.

Tapi keluarga kami bermula dari Papa dan mama. Dari berdua..jadi berempat..dari berempat sekarang berlima. InsyaAllah tak lama lagi akan jadi berenam.”-Kata Jinggo

Luah Rasa Teruja Untuk Bergambar Berenam Kelak

via Instagram Elisya Sandha

Jinggo turut meluahkan rasa terujanya bersama isteri, Sheila Rusly untuk bergambar berenam bersama cucu sulung yang akan dil4hirkan tidak lama lagi.

“Tak sabar Papa dan Mama nak bergambar kita berenam pulak sebab itu tandanya keluarga kita semakin membesar. Semakin sempurna.

Semakin hebat sejak Sya datang dalam keluarga kami. Alhamdulillah. Happy birthday @elisyasandhaofficial. Selamat datang ke keluarga kecil kami”-Kata Jinggo

 


Sekadar info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy selamat bergelar suami isteri sekitar Ogos tahun lalu. Pasangan ini memutuskan untuk mendirikan rumah tangga setelah lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Happy birthday Elisya Sandha!

 

Sumber :murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!