[Video]”lai lai sapa nak beli duit unit ni” – Peniaga pasrah pelanggan hulur duit ‘pelik’

PETALING JAYA – “Tengah berniaga tak perasan dapat duit pelik macam ini.”

Itu antara luahan pasrah seorang peniaga pasar malam yang terp4ksa menanggung kerugi4n akibat tindakan pelanggan yang tersalah memberikan wang.

Pemuda terbabit yang dikenali sebagai Izzudin Radin mend4kwa dia terl4mpau sibuk berniaga sehinggakan tidak menyedari dia sudah menerima wang RM10 yang pelik.

Menerusi video berdurasi 10 saat, Izzudin menunjukkan duit RM10 yang terkoyak itu dicantumkan dengan duit yang sama.

Walau bagaimanapun, Izzudin tetap bersangka baik dan menganggap itu adalah rezeki untuknya.

Perkongsian terbabit telah berjaya mencuri perhatian pengguna di laman sosial TikTok sehingga rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi di komen.

 

“Susah nak dapat duit dua berkepala,” komen seorang pengguna.

“Jarang-jarang dapat duit macam ini,” seloroh seorang pengguna lagi.

Terdapat pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib peniaga terbabit.

“Takpe bang, duit itu boleh ditukar di mana-mana bank yang berdekatan,” pesan seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Sumber :KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!