[Video] Kejut4n meraikan hari lahir, Raisuddin terg4mam jumpa wanita seiras arw4h Siti Sarah.

IMPIAN Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah tercapai apabila dia dipertemukan dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arw4h, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing s1buk.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada famili dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah.

“Terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya di ruangan kapsyen pada Selasa.

raissudin 2

Makder dan Uwais bersama wanita mirip arw4h Siti Sarah bernama Emy.

Dalam rakaman video berdurasi dua minit itu, Raisuddin dilihat terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir serupa dengan arw4h.

Malah, rata-rata netizen turut bersetuju mengenai perkara itu dan memberitahu wajah Emy seiras dengan penyanyi lagu Kesetiaan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)


“Ya Allah memang sama. Saya men4ngis tengok video ni. Allahuakbar sedihnya terlalu rindu arw4h.

“Saya men4ngis masa Makder (nama panggilan Fatimah) cakap tapak tangan dia sama.

“Nampak sangat kerinduan di wajah ayah arw4h. Anak arw4h Uwais pun mampu tengok saja,” tulis netizen.

Shuib sambut raya kali ini tanpa Sarah.

Foto kenangan arw4h Siti Sarah bersama suami, Shuib dan anak-anak.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah mengh3mbuskan naf4s ter4khir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perub4tan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat c0vld-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan b4yi lelaki ketika k4ndungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)


Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!