“Saya akan usaha semampu saya”- Elyana Akui Impian Dulu Sudah Terkvbvr, Kini Ada Yang Baharu?

Setelah berjaya melawan penyakit k4nser limfoma yang dih4dapi selama 11 tahun lalu, penyanyi dan pelakon berbakat, Elyana kini tampak lebih aktif dan bersemangat. Meninjau di media sosial selebriti jelita ini, salah satu muat naik Elyana menarik perhatian ramai peminatnya di Instagram.

Impian Elyana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Emrizal (@elyanaofficial1)


Pelatun lagu popular Tak Tercapai Akalmu ini berkongsi tentang impian dan hajat yang paling diimpikannya, menerusi coretan ringkas di Instagram. Wanita berhati cek4l ini berharap hari-hari yang dilaluinya, dapat mencipta lebih banyak memori dan kenangan terindah buat diri dan keluarga yang tercinta.

“Kalau tanya apa impian saya..

Impian saya yang dulu nak jadi itu, dan nak jadi ini semua dah terku.bvr.. Sekarang fokus saya adalah “mencipta memori yang indah untuk ditinggalkan kepada orang-orang yang saya sayang.”

Saya akan usaha semampu saya dan yang lain saya serah kan kepada Pencipta.” Coretnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Emrizal (@elyanaofficial1)


Peminat Titip Doa

Muat naik yang dikongsikan selebriti ini mendapat perhatian ramai warganet dan rata-rata ramai yang berasa tersentuh membaca hantaran Elyana di Instagram dan menitipkan doa buat penyanyi tersebut.

“Alhamdulillah. Semoga bahagia dunia akhirat El”

“Allah maha baik”

“Gembira sangat tengok kak El sekarang.. Semakin bahagia dengan keluarga tersayang.. Moga baik-baik saja untuk kak El dan keluarga” komen netizen

via Instagram Elyana
“Semoga yang baik-baik sentiasa mengelilingi mu Elyana”
“Moga kak El sihat selalu”
“Moga dikurniakan kebahagian dan terus kekal bersama hingga jannah” komen mereka
via Instagram Elyana

Sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Khairul Anuar Husin pada tahun 2010, pasangan sama padan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Cinta Sumayyah berusia 11 tahun dan seorang anak angkat yang diberi nama Cahaya Ramadhani berusia 3 tahun.

 

Sumber :murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!