“Perbezaannya Saya Bersama ‘baby bump’.” – Raja Ilya Memperagakan Busana Sari Persis Aktres Bollywood

PETALING JAYA- Pelakon Raja Ilya yang kini sedang h4mil lapan bulan anak sulungnya memperagakan busana sari persis aktres Bollywood, Jacqueline Fernandez pada acara ‘baby sh0wer’ yang diadakan kelmarin.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, yang memilih tema Bollywood untuk acara tersebut mengambil inspirasi sari yang digayakan aktres Bollywood itu.
Malah, sarinya kelihatan seakan-akan serupa termasuk warna dan rekaannya seperti mana gambar yang dikongsikan oleh Raja Ilya dalam Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)


“Sari cantik seperti Jacqueline Fernandez, perbezaannya saya bersama ‘baby bump’. Suka warna dan rekaannya,” tulis Raja Ilya.

Pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu kelihatan berseri-seri dan rata-rata pengikut Instagramnya memuji kecantikan Raja Ilya persis pelakon Bollywood.

Sungguhpun begitu, terselit tegvran segelintir netizen kerana tindakannya men4yang pervt pada acara yang turut dihadiri oleh pelakon Zahirah Macwilson.

Menurut netizen berkenaan, tidak salah untuknya memakai sari tetapi tidak perlu menay4ngkan pervtnya yang sedang sar4t kepada khalayak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)


Terdahulu, Raja Ilya mended4hkan dia bakal menimang anak perempuan sekitar Julai depan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37.

Raja Ilya berkahwin dengan lelaki Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018 dan mengikut suaminya menetap di sana. – KOSMO! ONLINE

Sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!