“Ada yang p4tah, bukan kayu tetapi h4ti “– Ramai Peminat Wanita Pat4h H4ti

PETALING JAYA – Penyanyi rap kegilaan ramai MK K-Clique sekali lagi mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminatnya apabila tular sebuah video sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat menghadiri sebuah majlis di sebuah dewan dan berpakaian sedondon berwarna hitam dengan wanita terbabit.

“Ada yang pat4h. Bukan kayu tetapi h4ti (diikuti dengan emoji hati terbelah),” tulis pemilik video tersebut dalam ruangan kapsyen.

Video tersebut seterusnya membuatkan ramai netizen patah h4ti dan tidak keruan kerana belum bersedia untuk mengh4dapi kebenaran pelakon drama The Hotel itu sudah berpunya.

“Sampai hati awak, penat saya hafal semua lagu awak. Nak pat4h hati tepi bucu katil,” komen seorang netizen.

“Bukan setakat patah hati, patah-riuk juga ini. Nasiblah aku sudah kahwin. Semoga rezeki bakal datang (anak) miliki wajah seperti MK,” luah seorang peminatnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendakwa wanita yang bernama Siti Hajar itu tersebut berasal dari Kuantan, Pahang dan pernah terlihat mereka keluar bersama sebelum ini.

Pada April lalu, MK pernah mencetuskan hurv-h4ra dalam kalangan peminat wanitanya apabila memuat naik foto romantis bersama seorang wanita dalam Instagram.

“Saya sayang awak,” tulisnya ditujukan kepada wanita istimewa berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!