“Bebaskan aku” , – Yasin tulis lagu di Penj4ra Sungai Buloh

PETALING JAYA – Tidak hanya berpeluk tubuh di Penj4ra Sungai Buloh akibat tuduhan mengedar dadah jenis kanabis, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan lagu baharu di sebalik tirai besi.

Perkembangan terbabit dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Yasin sebentar tadi.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penj4ra Sungai Buloh.

“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” coretnya.

Lirik lagu berkenaan dimulai dengan frasa ‘bebaskan aku’ seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibeb4skan dari penj4ra.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus mer0nta, ingin bebas dan bersamamu semula,” demikian antara nukilan lirik meruntun j1wa yang dikongsikan dalam Instagram Yasin.

Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penj4ra Sungai Buloh.

Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!