Dato Siti Nurhaliza TibaTiba Men4ngis Masa Live. Ini Pesanan Beliau Buatkan Rmai Seb4k

Kuala Lumpur – Datuk Seri Siti Nurhaliza menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Makkah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa, semalam.

Siti dalam satu hantaran di media sosial memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keb.urukan.

“Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keb.urukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulis Siti di Instagram Story.

Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.

Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan. Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya.

Rasa Seb4k Ketika Siaran Langsung

Jika di tanah air, di mana-mana sahaja kelibat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berada pasti menjadi perhatian peminat setianya.

Namun, ketenangan tidak dikenali atau digan.ggu saat mengerjakan umrah merupakan menjadi perkara yang dirindui Siti apabila dia dapat menunaikan ibadah dengan sempurna seadanya.

Menerusi perkongsian IG Live yang dibuat Siti sebentar tadi, air mata pelantun lagu Lip Lap Raya itu turut gugur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk dijemput menjadi tetamu Allah.

“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa saya dapat hidup macam ni. Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.

“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Kredit : HM/MH,via www.onlinemalaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!