Lama Menyepi, Keadaan Terkini Azlan Typewriter..Dah Tak Selincah Dahulu

PETALING JAYA – Mungkin nama penyanyi bersuara serak-serak basah lantang, Azlan & The Typewriter agak lama menyepi dan sunyi dari radar industri.

Justeru, ramai yang menganggap dia masih belum sihat daripada keced3raan kaki yang dialaminya empat bulan lalu kerana memerlukan penj4gaan rapi.

Keced3raan yang menyebabkan dia p4tah buku lali berlaku selepas terj4tuh ketika mendaki melakukan aktiviti riadah di sebuah kawasan hutan rekreasi.

Berpeluang bertemu bertentang mata selepas berbulan ‘bert0ngkat’, Azlan berkata, dia masih ada dan masih aktif seperti biasa cuma lama tidak membuat persembahan pentas.

“Kalau ikutkan, ini sudah masuk empat bulan kaki ced3ra. D0ktor ada kata, kec3der4an seperti ini ambil masa enam bulan hingga ke setahun untuk betul-betul pulih.

“Tapi saya tahu, keced3raan pada buku lali memang makan masa lama. Tulang saya pula bukan satu yang p4tah, tapi dua.

“Buat masa sekarang pergerakan memang terbatas. Apa yang boleh saya lakukan buat masa ini cuma kerap ambil makanan dan minuman berkalsium.

“Saya pun ada juga pergi berurut. Tetapi, kalau boleh tak nak biasa dan m4njakan diri dengan urut. Kalau tanya, s4kit memang s4kit, tapi tetap kena kerja,” katanya.

Azlan ditemui usai membuat persembahan khas pada Pertandingan Tingkah Tari sempena Program Santai Budaya Kota Seni Petaling anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Tambahnya, kes4kitan pada kakinya masih terasa hingga ke hari ini dan menyebabkan pergerakannya benar-benar terbatas serta mengambil masa.

“Tapi saya benar-benar bersyukur bukan l3her yang p4tah. Kalau tak, tak tahulah macam mana. Persembahan pun sekarang kalau boleh nak duduk saja.

“Kalau ditanya bab menyanyi, saya masih boleh dan larat. Persembahan santai-santai saya masih boleh nak buat, tapi kalau yang agr3sif memang tak bolehlah,” katanya.

Sementara itu ditanya kejayaan single hit nyanyiannya berjudul Jangan Khianati Aku yang kini mencecah 25 juta tontonan dalam YouTube, Azlan bersyukur dan menyifatkan perihal tersebut sebagai penguat semangat buatnya untuk berkarya.

 


Ded4hnya, lagu tersebut sebenarnya sudah dua tahun diperam iaitu pada tahun 2017 sebelum betul-betul berani diluncurkan dua tahun lalu.

“Saya peram lagu itu selama dua tahun sebelum keluarkannya pada 2019. Pada awalnya memang agak gusar dan tak yakin untuk luncurkan sebab rasa macam tak sesuai dengan masa.

“Tak yakin sebab saya selalu persoalkan bolehkah bersaing dengan lagu-lagu hebat dan trendy lain pada masa itu.

“Terima kasih kepada pendengar yang menyokong dan menerima baik lagu berkenaan. Dalam masa singkat, lagu tersebut diterima baik dan menjadi fenomena sampai ke hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!