[VIDEO] Macam satu keluarga. Tak sabar tunggu 7 Hari Mencintaiku 3

NASKHAH 7 Hari Mencintaiku (7HM) pernah mendapat sambutan hangat untuk dua musim berturut-turut.

Kini, drama kekeluargaan itu kembali untuk musim ketiga yang masih membariskan pelakon asalnya, seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya dan Liza Abdullah.

Tidak cukup dengan itu, karya nukilan Siti Rosmizah itu turut memaparkan beberapa kehadiran karakter baru seperti Wan Maimunah.

Malah, pembantu pengarahnya, Amy Nawari turut dilihat aktif berkongsi di sebalik tabir 7HM3 untuk tatapan peminat setia drama tersebut.

“Agak-agaknya apa lagi Mak Leha (Liza) yang nak lakukan pada musim kali ya?” soal seorang netizen menerusi sebuah akaun Instagram @7harimencintaiku_2.

“Selama-lamanya #teamMiaAdriana,” komen seorang pengguna TikTok yang juga peminat Siti Saleha.

Susulan realiti yang berlaku dalam perkahwinan Siti Saleha, peminat semakin tak sabar menantikan 7HM3.

Meninjau di akaun Instagram milik salah sorang pelakon drama ini iaitu Wan Sharmila, dia telah berkongsi satu video pendek di mana m0men indah saat terakhir penggambaran bersama untuk drama ini. Wan Sharmila merakam memori ini bersama barisan pelakon-pelakon lain.

Wan Sharmila tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima ksih kepada penerbit dan penulis novel drama ini iaitu Siti Rosmizah yan semakin dikenali ramai. Bagi dirinya, sambungan drama ini adalah karya istimewa untuk semua peminat yang setia menanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

Terlalu banyak dug4an demi dug4an sepanjang pengambaran drama ni. Kita semua sentiasa pegang pada ‘ perancangan Allah itu Maha indah’ . Tetap meneruskan perjuangan kami hingga ke garisan akhir semalam. ALHAMDULILLAH 😍. Semoga naskah ini akan menjadi hadiah paling istimewa untuk korang! Support kami k! Bermula 16 April nanti kita dating hari2 tau! ❤️

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)


Sumber :kosmo, Instagram Wan Sharmila

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!