[Video] Waris dikec4m bawa lagu rap di m4jlis agama, pak ustaz sampai menundukkan kepala

SEBUAH video memperlihatkan penyanyi rap Waris sedang menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part ll di sebuah majlis agama mengund4ng rasa kurang sen4ng dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias menyanyikan lagu tersebut yang dianggap tidak bersesuaian dengan acara sebegitu.

Malah, menerusi video tersebut jelas kelihatan raut wajah para tetamu yang kurang selesa duduk di belakang penyanyi berkenaan sehingga ada antara mereka menundukkan kepala.

“Kalau tak ada job pun, jangan la main langg4r saja. Nasib baik yang dekat situ semua kuat iman dan penyabar. Kalau tak, aku rasa dah kena sid4i dah tu.

Waris 1

Antara komen netizen di Instagram Waris.

“Salah tempat demo nak rap… tempat ilmu begitu sepatutnya zikir la banyak-banyak. Bukan tau menyanyi saja waima lirik ketuhanan… malu dekat orang.

“Apa benda la kau tak boleh beza majlis agama dengan hiburan. Kau ingat minyak dengan air boleh bercampur ke jang? Islam itu mudah jang tapi jangan kau mudahkan ikut sedap tekak kau saja.

“Kenapa engkau pergi rap majlis agama jang oi. Tak tahu beza ke? Lain tempat, engkau tak pergi. Geleng kepala ustaz,” komen netizen di Facebook dan Instagram Waris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)


Video pendek berdurasi 16 saat itu mula tular selepas seorang netizen memuat naik di laman Facebook dan netizen mula menyer4ng Instagram Waris.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Waris g4gal apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan mesej.

Video tersebut pernah dimuat naik Waris di Instagram pada 14 November tahun lalu di mana dia membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun, Negeri Sembilan sempena Maulud Nabi.

Waris 2

Lagu Rembau Most Wanted Part ll turut menampilkan Nabil Ahmad.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang mempertahankan Waris dan berpendapat pihak penganjur sepatutnya meminta penyanyi berusia 33 tahun itu menyampaikan lagu bersesuaian.

“Rembau Most Wanted ll, saya ada dengar lagu ini. Perkataan dia bab agama dan dunia. Kenalah dengan majlis. Dalam MV dia pun ada Nabil, cuba dengar apa yang Waris cuba sampaikan, padu apa yang dia cuba sampaikan.

“Okay apa? Kata boleh saja asalkan benda baik. Bila kompang-kompang itu boleh pula. Sama saja konsepnya cuma genre lain. Bila kata bid4ah, benda-benda macam ni m4rah pula.

“Yang jemput penyanyi itu macam tak reti tengok keadaan majlis. Boleh saja minta dia bawa lagu lain kalau dah terdes4k sangat nak jemput Waris,” tulis beberapa netizen.

Sumber :mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!