Pensy4rah suruh kakak pelajar B40 gad4i gelang emas, beng4ng sebab tiada k0mputer… ini reaks1 pantas Syed Saddiq

SEJAK pandemik c0vld-19 melanda, landskap pendidikan negara juga telah banyak berubah.
Paling ketara tentunya kelas secara atas talian (online) yang mana ia boleh diakses menggunakan telefon pintar, laptop, tablet dan komputer.
Pada lewat malam Selasa, seorang individu di Twitter berkongsi rakaman video kelas online, memaparkan seorang pensyarah wanita mem4rahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki k0mputer.
“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?” soal pensyarah tersebut.
Jawab pelajar lelaki itu, dia menetap di Seremban, Negeri Sembilan dan bapanya tidak bekerja manakala ibu pula sudah tiada.
“Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja? Kau tak ada adik-beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.
View this post on Instagram
Syed Saddiq turut membuat teguran terhadap pensyarah berkenaan.
“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.
“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” ujar penyarah tersebut.
Dalam video sama, pensyarah itu juga sempat berkongsi kisah zaman mudanya yang mana dia sanggup berk0rban demi pelajaran.
“Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important the computer, very very important. Hanya RM800 saja beli komputer.
Mereka tidak pilih untuk terus m1skin sampai tidak mampu untuk beli laptop. Dari menghin4, lebih baik b4ntu mereka dapatkan laptop.
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
AHLI PARLIMEN MUAR
“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. OK kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah,” ujar pensyarah tersebut.
Rakaman yang dikongsi pada pukul 11.43 malam itu pantas meraih perhatian netizen sehingga meraih sejuta tontonan dalam masa beberapa jam.
Rata-rata netizen meluahkan rasa m4rah terhadap ahli akademik bertaraf profesor itu sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kurang en4k.
Malah, ada yang turut berkongsi maklumat peribadi seperti nama penuh dan universiti tempat pensyarah wanita itu bekerja.
Pelajar tersebut dimar4hi gara-gara tidak memiliki komputer.
Menurut komen beberapa individu, pelajar yang diherdik dalam video tersebut dikatakan sudah tamat pengajian di universiti.
“Siapa mengenali student ini. Roger saya. Saya nak bagi iPad terus,” tulis seorang netizen.
“Orang kata student tu dah grad (t4mat belajar),” jawab seorang lagi individu.
Bagaimanapun, waktu sebenar kejadian itu berlaku tidak dapat dipastikan.
Pada awal pagi Rabu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memuat naik ciapan di Twitter mengenai perilaku pensyarah berkenaan.
“Kajian Kementerian Pendidikan menunjukkan satu pertiga pelajar di Malaysia tiada laptop atau tablet. Kadar keciciran pelajar sangat men4kutkan.
“Mereka tidak pilih untuk terus m1skin sampai tidak mampu untuk beli laptop. Dari menghin4, lebih baik b4ntu mereka dapatkan laptop,” tulis Syed Saddiq.
Sumber :mstar