Datin Shahida Thr0wback Iklan Syampu ‘Legend’, Sekali Dat0 Aliff Masuk K0men

Video iklan syampu yang memaparkan isteri kepada jutawan k0smetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali tular.

Video berkenaan menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik di posting Instagram Shahida, sejak semalam.

Menurut Shahida, ramai yang bertanya berapakah umurnya ketika menjadi model iklan tersebut.

“Korang pernah tengok tak? Masa ni umur saya 20 tahun, tengah baru nak up,” katanya.

Biarpun video berkenaan memfokuskan kepada Shahida, namun rata-rata komen turut ditujukan kepada model lelaki yang bergandingan dengannya.

Kebanyakan mereka mahukan model lelaki berkenaan memunculkan diri untuk melihat keadaannya ketika ini.

Tidak kurang juga yang mahukan Shahida dan model yang dikenali sebagai Adam Radlan itu bergabung untuk membuat ‘remake’ iklan berkenaan.

“Macam manalah model lelaki tu sekarang kan”.

“Please revealed model lelaki tu versi sekarang”.

“Saya nak tahu siapa model lelaki tu, buatlah remake sikit,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Untuk rekod, menerusi iklan yang disiarkan pada tahun 2006 itu, Shahida memegang watak sebagai pelajar kolej yang meraih keyakinan untuk rapat dengan seorang pelajar lelaki setelah menggunakan syampu yang khusus untuk wanita bertudung.

Berikut Sedikit Biodata Dan Latar Belakang Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri

Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan k0smetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Beliau mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, Solehah yang turut dianggotai penyanyi Bienda.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Shahida binti Mohd Rashid

2. Kelahiran 14 Mac 1985. Kini berusia 34 tahun.

3. Mempunyai tujuh orang adik-beradik.

4. Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

5. Mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman yang juga dikenali sebagai Aliff Syukri pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang zuriat iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1. Mereka turut membesarkan seorang anak angkat bernama Ameena yang kini berusia dua tahun.

6. Menggunakan akaun Instagram rasmi atas nama @shahidadherbs yang sehingga kini mengumpul lebih dua juta pengikut.

Fakta Menarik

Teman rapat kepada penyanyi Bienda.

Pernah tular kerana membintangi iklan syampu Sunsilk suatu masa dahulu.

Beliau dan Aliff Syukri mula berkenalan selepas kedua-duanya menjayakan peranan sebagai model Sunsilk, sebelum akhirnya bernikah dua tahun kemudian.

Bekas ahli kumpulan nasyid Solehah. Beliau bersama anggota asal Solehah iaitu Bienda, Wan dan Shireen pernah membuat kemunculan semula dengan menubuhkan ‘Bienda & Friends’.

Antara lagu-lagu yang dipopularkan Shahida bersama rakan kumpulannya seperti Nikmat Allah, Hadis Rasullullah, Rukun Iman Dan Rukun Islam, Penantian serta Renungkanlah.

Sukakan masakan kampung, dalam masa sama gemar menyediakan hidangan churos, spageti dan juga kek.

Menginspirasikan ibu mentuanya, Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas Sendayu Tinggi Corporation. Shahida menjadikan Rozita sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan nasihat terutamanya ketika dilanda musibah.

kredit: astro gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!