“Itu memang jiwa saya”- Rita Nadira tak t4kut dilabel j4hat dan j4lang

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model cantik Rita Nadira mengakui langsung tidak takut jika dilabel netiz3n sebagai seorang wanita j4hat dan j4lang.

Rita memberitahu, setakat ini dia sangat selesa dan langsung tidak berkecil hati seandainya lebih dikenali dengan gelaran sedemikian asalkan dapat menjiwa1 watak lakonan yang diberi dengan baik.

“Sejujurnya saya sendiri sebenarnya sangat seronok membawa watak antag0nis daripada watak baik dan lemah lembut.

“Bukan kata tiada tawaran dapat bawa baik-baik macam wanita kampung ke sopan ke, tapi buat sementara ini saya lebih memilih dan selesa membawa watak sedemikian. Itu memang jiwa saya.

“Mungkin daripada situ jugalah, watak j4hat yang saya bawakan itu menjadi sekali gus membuatkan mereka mengenali dan memb3nci insan bernama Rita Nadira walaupun tidak mengenali saya secara peribadi,” katanya.

Rita ditemui ketika majlis pelancaran kempen Ramadan 2022 Astro dan sesi memperkenalkan duta kempen tersebut di ibu kota semalam.

Ditanya mengenai popularitinya yang kian meningkat naik walaupun baru setahun jagung berlakon, Rita yang popular menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu itu berkata, dia sendiri langsung tidak menyangka perkara tersebut dan menerima sebagai rezeki.

“Saya sendiri pun tak sangka orang lebih kenal dan terima lakonan saya dengan pelbagai watak antag0nis yang saya bawakan selama ini.

“Walaupun dikenali dan sering menjadi bahan kec4man serta m4ki h4mun gara-gara watak yang dibawakan, saya okey sahaja walaupun pada awalnya ada sedikit rasa t4kut serta janggal.

“Tapi pada saya ini semua rezeki. Apa yang penting, walaupun ‘dibenc1’, saya lagi semangat untuk membawakan apa sahaja watak yang dipertanggungjawabkan dengan sehabis baik hingga meninggalkan impak kepada penonton seperti sekarang,” katanya.

Rita, 28, sebelum ini bergiat aktif dalam bidang peragaan sebagai model memulakan debut sebagai pelakon pada 2020 menerusi drama perdana, Jujurlah Nikahi Aku. – KOSMO! ONLINE


Sumber :kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!