“Jiwanya Tetap Kuat & Menyinar”- Lagu Terakhir Arw4h Siti Sarah berjudul Sudah, Diberikan Kepada Nikki Palikat

Lagu terakhir Allahyarhamah Siti Sarah berjudul Sudah kini diberikan kepada penyanyi popular, Nikki Palikat.

Shuib Berterima Kasih Kepada Nikki Palikat & Naim Daniel

Menerusi sebuah hantaran yang dibuat oleh suami arw4h Sarah, Shuib, pelakon dan pelawak itu bersyukur kerana lagu tersebut yang disifatkan mampu ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kini mempunyai penggantinya. Malah, Shuib turut berterima kasih kepada Nikki dan komposer lagu itu yang juga penyanyi, Naim Daniel.

“Alhamdulillah, akhirnya sayang lagu AJL U itu dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih @nikkipalikat. Semoga semuanya dipermudahkan…Lagu yg terlalu indah @naimdanielx” tulis Shuib

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Nikki Terharu 

Dalam perkembangan lain, Nikki yang mengulang siar hantaran video rakaman terakhir Arw4h Sarah bersama komposer terkenal, Allahyarham Faizal Uzir (Lok U) berasa terharu dengan pengh0rmatan yang diberikan kepadanya membawakan lagu tersebut.

Menurut Nikki, dia begitu mengagumi Arw4h Sarah dan mended4hkan lagu tersebut mempunyai jiwa yang kuat.

“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah arw4h Sarah Raisuddin. Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal.

“Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwanya tetap kuat dan menyinar. Jiwa itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nikki Palikat (@nikkipalikat)


Untuk info, single Sudah bakal dilancarkan di seluruh platform digital pada 25 Mac 2022.

Sumber :murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!