“Finally We Are Back” – Setelah 15 Tahun! Nora Danish Ded4h Drama Puteri Akan Kembali

Pelakon Nora Danish berkongsi khabar gembira buat peminat apabila drama bersiri, Puteri lakonannya sebelum ini akan kembali.

Ditayangkan Pada Hari Raya Pertama 

Setelah 15 tahun Puteri ditayangkan di TV3  Nora memuatnaik foto dirinya bersama dua orang lagi pelakon drama popular itu, Beego dan Kenchana Devi berserta tanda pagar #PuteriReunion. Menurut Nora, drama tersebut akan ditayangkan pada 3 Mei 2022 bersamaan sambutan hari raya Aidilfitri yang pertama.

“Setelah lebih 15 tahun lamanya….

“InsyaAllah siri Puteri akan bertemu anda pada 1 Syawal, 3hb Mei 2022 di TV3” tulis Nora

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish Nora (@noradanish)

Penggambaran Telah Bermula 

Malah, berdasarkan kapsyen yang ditulis beberapa pelakon popular lain akan turut bersama mereka antaranya seperti Siti Fazurina, Intan Ladyana, Ruhainies dan Idris Khan.

Beberapa foto set penggambaran mereka juga telah dikongsi oleh Nora menerusi Instastory nya. Menjengah ke media sosial, rata-rata peminat siri ini menyatakan rasa teruja apabila mengetahui Puteri akan kembali.

Drama Puteri 2022 terbitan Padi Pictures merupakan arahan Amor Rizan dan Nor Aliah Lee sebagai penerbit drama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amor Rizan (@amorizan)


Sumber :murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!